MARA menawarkan Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran untuk pelajar IPMa yang berasal dari keluarga yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sahaja : Semak dan Mohon jika layak! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.
PENGENALAN SKIM PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Skim Pinjaman Pendahuluan Pendidikan MARA merupakan program yang ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu pelajar Bumiputera yang mengalami masalah kewangan semasa memasuki Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Tujuan skim ini adalah untuk memberi bantuan kewangan awal kepada pelajar yang layak agar dapat melanjutkan pelajaran dengan lebih baik.
Tujuan skim ini diadakan adalah untuk membantu pelajar Bumiputera daripada keluarga yang berpendapatan kasar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan atau mengikut garis panduan Jadual Pemarkahan Kelayakan Pendapatan (yang ditetapkan oleh MARA) bagi mengatasi masalah kewangan semasa mendaftar masuk ke Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- German-Malaysian Institute (GMI)
- Kolej University Poly-Tech MARA (KUPTM)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Ketengah International College (MKIC)
- Kolej MARA (KM)
- GiatMARA(GiatMARA)
- Institusi TVET MARA
Institusi TVET di bawah MARA;
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- MARA Japan Industrial Institute (MJII)
- Institusi Kemahiran MARA (IKM)
KRITERIA KELAYAKAN SKIM PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA
Untuk memohon skim ini, pelajar hendaklah memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh MARA. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :
- Pelajar mestilah terdiri daripada keluarga yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), iaitu pendapatan kasar bulanan ibu bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan.
- Pelajar mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun untuk peringkat Diploma dan 40 tahun untuk peringkat Ijazah Pertama.
- Pelajar adalah warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera.
- Pelajar telah ditawarkan untuk belajar sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah Young Talent Programme (YTP) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP).
- Permohonan pinjaman pelajaran pendahuluan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
- Sekiranya permohonan dibuat pada peringkat yang sama, maka permohonan tersebut tidak layak dipertimbangkan.
- Pelajar yang terdiri daripada mereka yang telah bekerja atau sedang belajar tidak layak dipertimbangkan.
KADAR PINJAMAN DAN PEMBAYARAN
- Kadar bayaran pendahuluan yang boleh diluluskan oleh Pejabat MARA Negeri hanya dalam 3 kadar pinjaman berikut :
- RM1000; atau
- RM1500; atau
- RM2000
- Pejabat Pembayar adalah di Pejabat MARA Negeri seluruh Malaysia
- Pemohon akan menerima bayaran di Pejabat MARA Negeri yang telah dipilih semasa permohonan dalam talian dibuat.
PANDUAN PERMOHONAN
Untuk memohon skim ini, pelajar perlu mengikuti beberapa prosedur permohonan yang telah ditetapkan oleh MARA. Antara prosedur permohonan yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :
- Permohonan Skim Pendahuluan Pinjaman MARA hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web Sistem ePendahuluan
- Pelajar yang memohon Skim Pendahuluan Pinjaman MARA boleh mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat MARA Negeri berhampiran untuk menerima bayaran setelah permohonan diluluskan.
- Permohonan dalam talian hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan sahaja bermula dari tarikh Skim Pendahuluan ini dibuka.
- Halaman permohonan ini tidak boleh diakses oleh pemohon yang gagal memenuhi syarat kelayakan serta pemohon atau ibu bapa/penjaga dan penjamin yang telah disenarai hitamkan oleh MARA (blacklisted).
- Dokumen asal seperti surat tawaran IPMa, penyata pendapatan ibu bapa dan salinan kad pengenalan/sijil kelahiran hendaklah disahkan dan diserahkan kepada Pejabat MARA Negeri kerana pelajar telah membuat permohonan secara online. Di bawah adalah senarai dokumen penting yang perlu disertakan bersama borang permohonan.
SEMAK STATUS KELAYAKAN
Untuk membuat semakan status kelayakan setelah membuat permohonan boleh ke pautan yang berikut :
http://online06.mara.gov.my/ependahuluan/ver21/index.php?method=ShowLogin
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA, boleh ke laman web MARA untuk dapatkan alamat Pejabat MARA yang berdekatan di pautan di bawah :
https://www.mara.gov.my/bm/pejabat-mara/
Telefon : 03 – 26132000
Emel : informasi@mara.gov.my
RUJUKAN PENTING
BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON