Bil Air Ditanggung Setiap Bulan melalui SADE 2024 : Cara Mohon Disini

Bil Air Ditanggung Setiap Bulan melalui SADE 2024 : Cara Mohon Di sini. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

sade

 

PENGENALAN SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE) 2024

 

Skim Air Darul Ehsan atau SADE terus diperkenalkan pada tahun 2024 oleh kerajaan negeri Selangor. Melalui program bantuan ini, lebih sejuta rakyat atau 285,673 akaun penerima air percuma itu menerima tanggungan kos yang meningkat RM1.60 kepada RM13 bagi setiap isi rumah.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menambah pentadbiran negeri menampung peningkatan kos dari RM31.8 juta kepada RM37.3 juta setahun, manakala RM2 juta untuk rumah ibadah dan kebajikan.

Secara keseluruhan, tanggungan kos Kerajaan Negeri bagi pemberian air percuma melalui SADE dan penyerapan peningkatan tarif air rumah ibadah dan rumah kebajikan dianggarkan RM40 juta setahun.

 

APA MAKSUD SKIM AIR DARUL EHSAN

 

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah program penyesuaian semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk negeri Selangor yang merupakan warganegara Malaysia dan berpendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

*Pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri, termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, bukan pasangan dan orang bujang).

Nota penting* : Apabila fasa awal program SADE diperkenalkan, syarat pendapatan isi rumah bulanan yang ditetapkan adalah RM4,000, tetapi pada 2024, syarat kelayakan telah dinaikkan kepada RM5,000.

Matlamat Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan dasar ini adalah untuk mengurangkan beban hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kos sara hidup yang tinggi dan inflasi sekarang.

Program bekalan air percuma ini juga merupakan salah satu elemen cadangan penstrukturan semula industri air Selangor secara holistik dan bersepadu, di bawah pimpinan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), agar dapat memberi perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien serta mampu bagi mengurangkan kadar tarif air semasa kemudahan penduduk Selangor.

 

SADE

KRITERIA KELAYAKAN

 

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di negeri Selangor.
  • Pendapatan isi rumah bulanan RM5,000 dan ke bawah (bagi orang yang sudah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara atau untuk orang bujang).
  • Premis kediaman mempunyai meter individu.
  • Pemohon hanya boleh memohon untuk satu akaun atau satu unit.

 

Nota Penting :
Pengguna akaun meter pukal dalam kategori rumah mampu milik akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah SADE sehingga 31 Disember 2024, di bawah kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC dan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

 

Cara Mohon Skim Air Darul Ehsan (SADE)

 

  • Permohonan ke SADE boleh dikemukakan secara dalam talian melalui laman web https://ssipr.selangor.gov.my
  • Borang permohonan boleh dimuat turun atau diperoleh melalui saluran berikut: www.airselangor.com
  • Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn.Bhd. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM)
  • Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di sepuluh (10) pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. bhd.
  • Pelanggan juga boleh memuat turun borang permohonan di laman web www.airselangor.com dan borang permohonan yang lengkap boleh diemelkan ke iprair@airselangor.com

 

CARA MEMBUAT RAYUAN JIKA PERMOHONAN BELUM LULUS

 

Bagi pemohon yang telah mendaftar untuk Inisiatif Peduli Rakyat di laman portal Daftar Akaun Smart SSIPR dan telah memohon di bawah Skim Air Darul Ehsan secara dalam talian tetapi belum mendapat kelulusan, pemohon hanya perlu ‘log masuk’ ke laman portal Log Masuk SSIPR dan tekan butang “Rayuan” di bahagian bawah skrin permohonan Skim Air Darul Ehsan.

 

Kemas kini maklumat permohonan terkini dan tekan butang “Hantar”.

 

Pemohon juga boleh memuat turun Borang Permohonan Skim Air Darul Ehsan dari laman web Air Selangor di www.airselangor.com dan menghantar borang lengkap dengan maklumat terkini ke iprair@airselangor.com atau ke mana-mana sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Seksyen Makro Dan Penswastaan, UPEN dan Air Selangor

Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam
Selangor

Emel : iprair@airselangor.com


Telefon : 03-55447113

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment

×