Adakah anda memiliki tanah tetapi masih bermimpi untuk memiliki rumah yang sempurna? Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Ketahui cara anda boleh mohon Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri sekarang dan bina rumah impian anda dengan lebih mudah!
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2024: Mohon di sini dengan mudah!
Memasuki era perubahan yang pesat, keperluan asas manusia terhadap tempat tinggal yang selesa dan berharga menjadi semakin penting. Dalam mewujudkan impian bagi setiap keluarga untuk memiliki rumah yang dibina di atas tanah mereka sendiri, kerajaan telah memperkenalkan program Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2024.
Inisiatif ini bukan hanya sekadar langkah mengurangkan beban rakyat, tetapi juga sebagai salah satu usaha memperkasakan ekonomi domestik melalui pembinaan sektor hartanah.
Kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan. Ini bagi memberi kelegaan kepada mereka yang memerlukan khususnya rakyat Malaysia dalam kategori B40 dan M40.
Satu inisiatif bernama Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah menarik perhatian. Berikut ialah maklumat lanjut tentang bantuan rumah ini:
Bantuan Bina Rumah RMR
Rumah Mesra Rakyat (RMR) merupakan program yang membantu golongan yang memerlukan yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.
Konsep RMR ini adalah rumah setingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang boleh dibina di atas tanah sendiri. Keluasan rumah ialah 750kps. Rumah RMR juga menerima bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi pembinaan sebanyak RM20,000.
Harga rumah RMR antara RM75,000 hingga RM85,000 dan pembiayaan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Nota
- Keperluan penama kedua berumur 18-41 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
- Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Cara Memohon RMR
Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan RMR. Berikut adalah tatacara membuat permohonan:
- Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR;
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap;
- Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon;
- Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR;
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem;
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan;
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
Dimaklumkan bahawa Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Sekiranya permohonan diluluskan, tanggungjawab pemohon seterusnya adalah:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan;
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan;
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik;
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan;
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.
KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI PROGRAM RMR
PERKARA | SEMENANJUNG MALAYSIA | PULAU DI SEMENANJUNG MALAYSIA | SABAH / SARAWAK/ LABUAN |
Kaedah permohonan | Permohonan secara online (laman web SPNB) | ||
Konsep | Rumah sesebuah satu (1) tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air | ||
Keluasan rumah | 750 kps | 750 kps | 750 kps |
Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) | 3,000 kps (279 mps) | 3,000 kps (279 mps) | 3,000 kps (279 mps) |
Harga | RM 75,000 | RM 85,000 | Bermula RM 75,000 |
Subsidi (pembinaan) | RM 20,000 | ||
Jumlah pinjaman | Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB | ||
Anggaran bayaran bulanan | |||
Kaedah pembiayaan | I. Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB II. Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay | ||
Dokumen perjanjian dan sekuriti | Firma guaman berdaftar dengan SPNB | ||
Pelaksanaan pembinaan | I. Kontraktor Gred G1-G7 II. Pembekal utama produk III. Berdaftar dengan SPNB dan CIDB |
REKABENTUK RMR
PEMBAYARAN RMR SECARA ONLINE
Anda boleh membayar pinjaman RMR melalui JOMPAY.
- Cari logo JomPay dan Biller Code pada surat arahan pembayaran yang diterima daripada SPNB.
- Terdapat 40 Bank yang berdaftar dengan JomPay. Daftar masuk ke Bank pilihan anda dan klik JomPay.
- Masukkan maklumat yang berdaftar dan sahkan.
- Cara-cara bayaran balik pembiayaan Rumah Mesra Rakyat (RMR):
Biller Code: (Rujuk Kod Pembayaran JomPay)
Amount (RM): Jumlah Pembayaran
Ref-1: No Akuan RMR
Ref-2: No Kad Pengenalan
Kod Pembayaran JOMPAY:RMR 2002 – RMR 2019
Semenanjung / Pulau:
RM100, RM150, RM270, RM360Sabah & Labuan:
Pembayaran bermula dari RM150 sehingga RM360 Pembayaran boleh dilakukuan di BSN/ melalui JOMPAY.Kod JOMPAY adalah 13987 (untuk semua negeri)RMR 2020 – RMR 2022
Semenanjung: RM300.00
Sabah & Labuan: Pembayaran Bulanan bermula dari RM300 sehingga RM370 Pembayaran boleh dilakukan di Bank Islam/ melalui JOMPAY.*Kod JOMPAY mengikut negeri adalah:- Selangor,KL,Putrajaya : 631085
- Perlis : 158394
- Johor : 296053
- Kedah, P.Pinang : 546879
- Melaka : 560128
- Sembilan : 691543
- Terengganu : 775239
- Pahang : 781252
- Kelantan : 783597
- Perak : 789446
- Sabah,Labuan : 106526
*Pembayaran Kod Jompay RMR adalah merujuk kepada lokasi negeri Rumah Mesra Rakyat yang telah dibina.
Untuk maklumat bil dan bayaran terdahulu, sila layari: https://rmrportal.spnbonline.com.my/
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:
- Laman web rasmi Syarikat Perumahan Negara Berhad : https://spnb.com.my/rumah-mesra-rakyat/
- Hotline: 03-7849 2000
- E-mel: pr@spnb.com.my
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Level 1, Block C, Dataran PHB, Saujana Resort,
Seksyen U2, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)
Sumber:
I was very pleased to find this web-siteI wanted to thanks for your time for this wonderful read!! I definitely enjoying every little bit of it and I have you bookmarked to check out new stuff you blog post