Ketahui cara memohon Bantuan Tunai RM 500 Sebulan untuk Pesakit Kronik. Semak kelayakan anda dan syarat permohonan.
BANTUAN TUNAI RM 500 SEBULAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan sebuah lagi bantuan kewangan iaitu Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) di bawah Belanjawan 2024 bagi OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik. Insentif ini diberikan bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
KADAR BANTUAN KERAJAAN BULANAN
RM500 sebulan seorang
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara dan menetap di Malaysia
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/menyediakan penjagaan kritikal kepada orang kurang upaya/pesakit gelandangan/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
- Pendapatan seisi rumah bulanan tidak melebihi RM3,000;
CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN BULANAN RM 500
- Cara memohon & dokumen sokongan (jika ada). Rujuk website IA/soalan lazim (mana-mana Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
- Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON
MANFAAT-MANFAAT LAIN UNTUK OKU
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
RUJUKAN PENTING
SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- EPOKU 2024 : Ini cara semak mohon bantuan tunai RM 450 sebulan
- Bantuan Tunai RM200 Setiap Bulan untuk B40 : Mohon disini!
- Ini cara mohon saringan kesihatan percuma PERKESO : Mohon disini.