BTB 2024 : Ini cara mohon bantuan tunai RM300 sebulan.

Ketahui cara memohon Bantuan Tunai RM300 Sebulan untuk warga OKU disini. Semak kelayakan anda dan syarat permohonan.

 

BANTUAN TUNAI RM300 SEBULAN 

 

BANTUAN TUNAI

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan sebuah lagi bantuan kewangan iaitu Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) di bawah Belanjawan 2024. Insentif ini diberikan bertujuan untuk membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

 

KADAR BANTUAN KERAJAAN BULANAN

 

RM300 sebulan seorang

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang Kad OKU JKM
  • Sudah tidak berupaya untuk bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/pelatih: 
           i. Institusi kendalian JKM
          ii. Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan
             perkhidmatan/kemudahan secara percuma
         iii. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)  
  • Sumber pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi:
          i. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi
              rumah semasa atau 
          ii. PGK purata miskin Per Kapita Semasa  

 

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN BULANAN RM 300

 

  • Cara memohon & dokumen sokongan (jika ada). Rujuk website IA/soalan lazim (mana-mana Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara  
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan  
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak   
  • Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti: 
     
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon  
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama  
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama  
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)  
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan   

 

BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON

 

 

MANFAAT-MANFAAT LAIN UNTUK OKU

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

Leave a Comment

×