MyKasih: Cara mudah semak Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024

Masih buntu bagaimana untuk menyemak Sumbangan Asas Rahmah (SARa) anda untuk tahun 2024? Biarkan platform MyKasih memudahkan urusan anda dengan langkah-langkah terpandu. Gunakan kemudahan ini sekarang dan pastikan hak anda terjamin!

MyKasih: Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024

MyKasih: Cara mudah semak Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024

 

Kerajaan telah memperbaiki skim Sumbangan Asas Rahmah (SARa) untuk menyediakan bantuan bersubsidi yang disasarkan kepada mereka yang paling terjejas akibat kenaikan kos sara hidup. Program yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 22 Januari 2024 itu bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan yang kurang bernasib baik dan menegakkan prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kerangka ekonomi MADANI.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

 

Kategori Yang Layak Menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

Bil.Kategori Kelulusan STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)Amaun Bayaran
1.Isi Rumah
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1200
2.Warga Emas Tiada PasanganRM1200
3.BujangRM600

 

NOTA:

  • Penerima STR serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih juga layak SARA 2024 seperti berikut:
    • Penerima STR Isi Rumah serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM300 setahun; dan
    • Penerima STR Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang serta bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih layak RM150 setahun.
      Pelaksanaannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

 

Cara Semakan Status Kelayakan

 

Kaedah PemaklumanKeterangan
i. Surat pemakluman
  • Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
ii. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas di rangkaian rakan runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.
iii. Semakan terus melalui portal rasmiSemakan kelayakan SARA

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

iv. HubungiSemakan kelayakan SARA

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
    (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

 

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

Bagi penerima SARA di Semenanjung Malaysia, anda perlu membuat semakan status melalui Portal MyKasih.

Sila rujuk caranya di bawah:

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

 

Kadar Bantuan

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

Kategori Penerima

Kadar Sumbangan

Tempoh Pelaksanaan

Penerima STR kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM1,200
    • Semenanjung – RM100 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan – Bayaran RM600 disalurkan 2 kali setahun
  • Semenanjung* – Bermula 22 Januari 2024 (Isnin)
  • Sabah, Sarawak & WP Labuan – 19 Februari 2024 (Isnin) & 12 Ogos 2024 (Isnin)

*Nota:

Rujuk tab “Cara Memohon” bagi perincian tarikh mengikut negeri di Semenanjung 

Penerima STR kategori bujang berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM
  • RM600
    • Semenanjung – RM50 disalurkan setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
    • Sabah, Sarawak & WP Labuan – Bayaran RM300 disalurkan 2 kali setahun
Penerima STR kategori isi rumah dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM

RM300

Tempoh pelaksanaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.
Penerima STR kategori bujang & warga emas tiada pasangan dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM

RM150

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Bayaran bulanan SARA bagi penerima dari Semenanjung Malaysia akan dikreditkan pada 1 haribulan setiap bulan, manakala penyaluran bayaran untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan diberikan secara tunai melalui pembayaran 2 kali setahun pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin).

Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
22 Januari 2024RM 100RM 50
1 Februari 2024RM 100RM 50
1 Mac 2024RM 100RM 50
1 April 2024RM 100RM 50
1 Mei 2024RM 100RM 50
1 Jun 2024RM 100RM 50
1 Julai 2024RM 100RM 50
1 Ogos 2024RM 100RM 50
1 September 2024RM 100RM 50
1 Oktober 2024RM 100RM 50
1 November 2024RM 100RM 50
1 Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600
Nota: Jadual bayaran Bantuan SARA MyKasih bagi penerima di Semenanjung Malaysia

 

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

 

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Anda boleh semak video tutorial yang disediakan melalui Whatsapp atau Youtube (https://youtu.be/AuNFYupVcXA) atau hubungi nombor talian tertera yang telah anda terima melalui Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih.

 

Kaedah pembelian barangan keperluan adalah seperti berikut:

 

Pilih Barangan KeperluanPilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
Tunjuk MyKad Untuk PengesahanTunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
Imbas Kod BaranganImbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Bayar Menggunakan MyKadBayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Simpan Resit Untuk SemakanSimpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

 

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Cara Semakan Baki MyKasih (Bantuan SARA 2024)

Aplikasi MyKasih (MyKasih App) kini boleh dimuat turun di Google Play atau Apple App Store untuk memudahkan penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak baki dalam akaun MyKad, jenis barangan yang boleh dibeli, and kedai terdekat untuk membuat pembelian.

Layari https://mykasih.com.my/mykasih-app/ untuk muat turun aplikasi ini.

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk saluran berikut:

 

Sumber:

SEMAK BANTUAN LAIN:

7 thoughts on “MyKasih: Cara mudah semak Sumbangan Asas Rahmah (SARa) 2024”

  1. Hi there, just became alert to your blog through Google, and found that it’s really informative I am gonna watch out for brussels I will be grateful if you continue this in future Numerous people will be benefited from your writing Cheers!

    Reply
  2. Can I just say what a relief to find someone who actually knows what theyre talking about on the internet. You definitely know how to bring an issue to light and make it important. More people need to read this and understand this side of the story. I cant believe youre not more popular because you definitely have the gift.

    Reply

Leave a Comment

×