Sejati Madani 2024: Panduan mudah mohon disini.

Apakah langkah pertama anda untuk mengubah nasib melalui Sejati Madani 2024?

Ketahui bagaimana panduan permohonan bantuan ini dapat menjadi kunci kepada pintu peluang baru, yang mungkin belum pernah anda bayangkan sebelum ini.

Bantuan Sejati Madani

Sejati Madani 2024: Panduan mudah mohon disini.

 

Dengan kemajuan pesat dan perubahan dinamik dalam landskap sosioekonomi masa kini, Bantuan Sejati Madani 2024 melangkah ke hadapan dengan visi yang berani dan pemikiran progresif, sebagai inisiatif ke arah pembinaan masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Program Sejati Madani ini tidak hanya merupakan lambang komitmen kerajaan untuk menyokong rakyatnya tetapi juga refleksi daripada iltizam kita bersama untuk membentuk sebuah negara yang madani, di mana setiap lapisan masyarakat berpeluang untuk berkembang dan merealisasikan potensi mereka tanpa ada yang terpinggir.

Pelaksanaan Program Kesejahteraan Masyarakat MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merangsang aktiviti ekonomi di peringkat masyarakat bagi meningkatkan pendapatan dengan menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000 kepada masyarakat yang memerlukan.

 

 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySejaTi MADANI di pautan https://sejatimadani.icu.gov.my/home

Bagi komuniti yang tiada capaian internet, permohonan secara manual juga boleh dibuat di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN), Pejabat Daerah, Pejabat Residen atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Keputusan Jawatankuasa Pemilihan dan Kelulusan (JPK) akan dimaklumkan melalui emel berdaftar pemohon dan dihantar bersama Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Aku Janji (SAJ).

Jika Lulus?

Pengerusi hendaklah mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) secara fizikal kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas mendapat kelulusan.

Jika Tidak Lulus?

Tiada rayuan akan dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, komuniti boleh mengemukakan semula permohonan yang baharu.

Langkah 1: Permohonan ID Sistem 
  • Layari pautan sistem. (https://sejatimadani.icu.gov.my)
  • Isi maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen.

    Pemohon akan menerima ID serta merta melalui emel yang diisi sewaktu membuat permohonan ID.

 

Langkah 2: Permohonan Dana

 

Langkah 3: Semakan Status Permohonan
  • Terima notifikasi status permohonan melalui email.
  • Status ‘berjaya’: Pemohon perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan.
  • Status ‘ditolak’: Pemohon boleh
    mengemukakan permohonan baharu.
  • Peruntukan akan disalurkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas PPN menerima Surat Setuju Terima (SST) dan Surat AkuJanji (SAJ) daripada Pengerusi komuniti.

 

Golongan Sasaran

Hanya satu (1) permohonan akan dipertimbangkan bagi setiap komuniti. “Komuniti” di sini merujuk kepada kumpulan orang/ masyarakat yang tinggal di sesuatu daerah, negeri atau negara tidak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Komuniti yang LAYAK memohon
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK);
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP);
  • Komuniti Rumah Panjang;
  • Komuniti Kampung Orang Asli;
  • Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan
  • Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif.

 

Komuniti yang TIDAK LAYAK memohon
  • Aktiviti pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti pembinaan, pengubahsuaian dan baik pulih bangunan, jalan, perparitan dan lain-lain;
  • Program yang dimiliki oleh individu;
  • Program yang tidak menepati skop Program SejaTi MADANI; dan
  • Program yang boleh menimbulkan isu sensitif berkaitan agama dan kaum.

 

Tempoh Permohonan

Permohonan SejaTi MADANI dibuka bermula 25 Mac 2024 sehingga 30 September 2024.

 

Syarat Permohonan SejaTi MADANI 2024

Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama serta bersifat quick win iaitu aktiviti yang membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat di antara tiga (3) hingga enam (6) bulan.

5 sektor utama tersebut ialah:

  • pertanian dan makanan
  • jahitan dan kraf tangan
  • herba dan kesihatan
  • pelancongan dan hospitaliti
  • aktiviti hijau dan kitar semula
Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Pertanian Dan Makanan:
  1. Sistem Kepadatan Padi (SRI)
  2. Pembuatan Baja Organik
  3. Perniagaan berkonsepkan karavan atau trak makanan
  4. Penanaman cili fertigasi/ cendawan hidroponik
  5. Pembuatan kerepek dan kudapan tradisional
  6. Produk sejuk beku
  7. Penjualan makanan berkonsepkan carboot sales
  8. Perikanan dan penternakan
  • Penjualan hasil hidupan laut segar dan sejuk beku
  • Penternakan ayam pedaging
Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Jahitan Dan Kraf Tangan:
  1. Pembuatan Tembikar Tradisional
  2. Penghasilan Kraf Batik lukis/ digital/ ikat celup
  3. Kraf Jahitan beg anyaman buluh/ rotan dan batik
  4. Menjahit pakaian/ barangan sulaman
  5. Penghasilan produk daripada tekatan benang emas/ tembaga
  6. Pembuatan seramik studio, seramik arca dan seramik industri
  7. Produk anyaman buluh/ pandan/ mengkuang/ ribu-ribu
  8. Produk ukiran kayu seperti pembuatan permainan berasaskan kayu. Contohnya, set catur kayu dan congkak.
  9. Jahitan yang menghasilkan produk seperti pelitup muka, selendang, kain pasang, beg, alas meja dan sarung kusyen.
  10. Penghasilan senjata berasaskan logam
  11. Batik soft toy
  12. Kraftangan berasaskan manik
  13. Jahitan cadar/ sarung bantal daripada kain terpakai
Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Herba Dan Kesihatan:
  1. Penanaman tanaman herba
  2. Pengkomersialan produk bunga telang (herba)
  3. Perkhidmatan urutan tradisional/ spa
  4. Program sistem pengairan automatik taman herba
  5. Pembuatan sabun daripada herba-herba sunnah
Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Pelancongan Dan Hospitaliti:
  1. Inap Desa
  2. Pembangunan perisian/ aplikasi
  3. Program *Homestay Kampung
  4. Program Arca Dasar Laut
  5. Penghasilan produk jualan pelancongan dan hospitaliti mesra muslim
  6. Inovasi penginapan menggunakan kenderaan terpakai (van/ bas)

*homestay mestilah yang dikendalikan oleh komuniti, bukan individu.

Contoh-contoh program/ aktiviti berkaitan dengan Sektor Aktiviti Hijau Dan Kitar Semula:

1. Pengurusan Sisa Mampan
– Projek Upcycling
– Projek kitar semula minyak masak terpakai menjadi minyak bio-diesel, sabun dan lilin
2. Penghasilan buku kitar semula
3. Membuat beg menggunakan baju terpakai
4. Penjualan perabot rumah berunsurkan bahan kitar semula
5. Penghasilan produk berunsurkan tempurung kelapa (barangan dapur)

Penerangan lanjut:

Projek Upcycling: Projek Upcycling adalah proses yang melibatkan penggunaan bahan-bahan yang tidak lagi digunakan atau yang akan dibuang dan mengubahnya menjadi sesuatu yang baharu dan lebih berguna.

Contohnya, botol plastik, tayar, tiub, plastik, bungkusan makanan plastik, lebihan kain, pakaian lama, kertas, kadbod dan wayar elektrik diubah menjadi menjadi barang perhiasan seperti pasu bunga dan lain lain.

 

Kategori Permohonan:

     Kategori permohonan terbahagi kepada tiga (3) iaitu:
     (i) Rintis – Program/ produk/ perkhidmatan yang baru diwujudkan dalam tempoh kurang dari setahun;
     (ii) Peningkatan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang telah wujud di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun; dan
     (iii) Pengembangan – Program/ produk/ perkhidmatan sedia ada yang wujud melebihi tiga (3) tahun.

 

Rujukan video mengenai Sejati Madani

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai SejaTi MADANI, sila rujuk SOALAN LAZIM di pautan berikut: https://sejatimadani.icu.gov.my/soalan

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas di talian berikut:

Sekretariat SejaTi MADANI,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 2, Blok Timur,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

 

RUJUKAN BANTUAN LAIN:

Leave a Comment