Jom mohon rumah pertama SJKP MADANI di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan-MADANI (SJKP-MADANI)! Baca di bawah untuk ketahui lebih lanjut bagaimana cara untuk semak kelayakan dan cara permohonan.
PENGENALAN SJKP-MADANI 2024
Skim Jaminan Kredit Perumahan – MADANI (SJKP – MADANI) ialah inisiatif kerajaan yang dilancarkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad bagi kumpulan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah kali pertama tanpa pendapatan tetap dan slip gaji , seperti pekerja ekonomi gig dan pekerja bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil layak mendapat kemudahan gadai janji.
PERKARA | PENERANGAN |
Tujuan Pembiayaan | Pembiayaan gadai janji |
Had Pembiayaan | Sehingga RM360,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian |
Jenis Pembiayaan | Pinjaman/Pembiayaan bertempoh |
Tempoh Pembiayaan | Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan) |
Jaminan Pembiayaan | Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
|
Kadar Faedah/Keuntungan | Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat |
*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
*LTHO: Long Term House owner’s Takaful
SYARAT KELAYAKAN SJKP-MADANI 2024
- Merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Dibawah kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Membeli rumah buat kali pertama kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
- Permohonan ini terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik pinjaman kesemua pinjaman yang pemohon ada tidak boleh melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.
- Tiada rekod tunggakan CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan.
CARA MEMOHON SJKP-MADANI 2024
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Kediaman/Rumah
- Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka kediaman/rumah
- Pendapatan
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
- Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Dokumen Sokongan Lain
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat Pengesahan (jika ada)
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank.
RUJUKAN PENTING
MAKLUMAT LANJUT
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur
Malaysia
Telefon: +603-2096-5000
Emel: enquiry@sjkp.com.my
BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- Bantuan Tunai RM 500 Untuk Ibu Tunggal : Cara Mohon disini
- Ini cara semak mohon bantuan tunai RM 450 sebulan
- Bantuan Tunai RM200 Setiap Bulan untuk B40 : Mohon disini!
Nice post. I was checking constantly this blog and I am impressed! Extremely helpful information specially the last part 🙂 I care for such information a lot. I was looking for this certain information for a long time. Thank you and good luck.
Great article I’m going through many of these issues as well