Skim Perubatan Madani (SPM) 2024 : Ini cara dapatkan rawatan percuma di klinik swasta

Skim Perubatan Madani (SPM) 2024 ialah program yang diwujudkan di bawah kerajaan baharu untuk membantu golongan B40 mendapat rawatan perubatan percuma. Ini cara dapatkan rawatan percuma di klinik swasta. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

SPM

PENGENALAN SKIM PERUBATAN MADANI

 

Skim Perubatan Madani merupakan inisiatif perintis Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan untuk menangani kesesakan pesakit di fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan.

 

Di bawah program ini, ia meliputi keperluan kesihatan golongan B40 dari segi Penjagaan Kesihatan Primer Akut (rawatan sakit-sakit ringan) yang disediakan oleh pengamal perubatan swasta berdaftar.

 

TUJUAN SPM

 

Tujuan Skim Perubatan MADANI diadakan adalah: 

 

  • Bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan golongan B40 khususnya di kawasan bandar kerana ia dapat meningkatkan akses rawatan bagi penyakit ringan di klinik perubatan swasta yang berdekatan dengan tempat tinggal atau bekerja.

 

  • Meningkatkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam rawatan penyakit ringan, melalui kaedah Kerjasama Awam-Swasta (PPP).

FAEDAH SPM

 

Faedah skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Sakit-Sakit Ringan PERCUMA di Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar.

 

Setiap kategori layak menerima rawatan percuma berdasarkan peruntukan yang telah diberikan kepada mereka seperti di bawah:

 

  • Isi Rumah: RM 250
  • Warga Emas Tanpa Pasangan: RM 125
  • Bujang: RM 75

 

JENIS RAWATAN YANG DISEDIAKAN

 

Rawatan pesakit luar kes-kes akut tidak terhad kepada kes-kes berikut :

 

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.

 

Rawatan yang tidak termasuk adalah : 

 

  • Imunisasi Rutin;
  • Saringan Kesihatan;
  • Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin;
  • Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin;
  • Perancangan Keluarga Rutin;
  • Perkhidmatan Rehabilitasi;
  • Permintaan Ubat tanpa konsultasi doktor;
  • Permintaan Suplemen

SPM

KRITERIA KELAYAKAN SPM

 

Bagi anda yang ingin mendapatkan rawatan menggunakan skim perubatan ini, pastikan anda telah memenuhi syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu:

 

  1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  2. Kelayakan adalah automatik.
  3. Orang yang layak MESTI membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima apa-apa faedah yang sama atau serupa dengan Skim ini daripada mana-mana majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan yang lain.

CARA PERMOHONAN SPM

 

Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI

 

  • Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman rasmi Skim Perubatan Madani
  • Langkah 2: Hadir ke mana-mana Klinik yang berdaftar dibawah Skim Perubatan Madani dengan membawa kad pengenalan anda dan pesakit.
  • Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  • Langkah 4: Had manfaat skim ini akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat skim adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth

 

MAKLUMAT LANJUT

 

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

F01 & F02, Level 1, Block 2300,

Century Square, Jalan Usahawan,

63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan​

 

Telefon : +603-8687 2525

 

Emel : info@protecthealth.com.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×