Semakan Status STR Fasa 3 Bagi Pengkreditan Ogos 2024

Khabar gembira semakin kedengaran buat seluruh rakyat Malaysia apabila semakan status STR Fasa 3 memaparkan status ‘dalam proses’, memberi gambaran proses pengkreditan sedang giat dilaksanakan.

Pengkreditan STR ini selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan terutama kelompok B40, penganggur, belia dan masyarakat tercicir.

Untuk makluman anda, pengkreditan bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula Ogos 2024. Berikut kami kongsikan maklumat penuh berkenaan bayaran bantuan khas ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dengan jumlah  bantuan sehingga RM3,100.

STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Bantuan Kerajaan - STR Fasa 3 Jadual Bayaran

Baca Juga : Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Bulan Ogos 2024

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan).

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bantuan Kerajaan - STR Fasa 3 Jadual Bayaran 2024

Bagi STR Fasa 4, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Baca Juga : Permohonan Bantuan Kanak Kanak RM150 sehingga RM1000 Sebulan

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  10. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

3 thoughts on “Semakan Status STR Fasa 3 Bagi Pengkreditan Ogos 2024”

Leave a Comment

×