Umum mengetahui bahawa tarikh bayaran STR Fasa 3 berkemungkinan besar akan bermula pada Ogos 2024, merujuk kepada sesi agihan tahun sebelum.
Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan maklumat terkini untuk makluman semua penerima STR khususnya. Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dengan jumlah bantuan sehingga RM3,100.
STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Remove featured imageBaca Juga : Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan).
Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024
- Fasa 2 : 3 April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bagi STR Fasa 4, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.
Semakan Status STR Fasa 3
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Masukkan kata laluan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Sumbangan tunai rahmah fasa 3