Semakan Status Kelayakan STR Bujang RM600 Tahun 2025

Kerajaan mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi ketegori bujang dinaikkan kepada RM600.

Perkara berkenaan diumum oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan keseluruhan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam belanjawan kali ini meningkat berbanding sebelumnya.

Semakan Status Kelayakan STR Bujang RM600

Semakan status boleh dibuat di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

“Peruntukan STR dan SARA meningkat sebanyak RM3 bilion iaitu daripada RM10 bilion kepada RM13 bilion.

“Penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat daripada RM3,700 kepada RM4,600,” ujarnya.

4.1 Juta Penerima Menerima SARA

Beliau berkata, kerajaan MADANI terus komited untuk menangani kos sara hidup dengan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR dan SARA.

Baca Juga : Jawatan Kosong Imigresen : Gaji RM1,500 – RM1,999

Bermula tahun depan, seramai 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas.

“Seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara,” katanya lagi.

8 thoughts on “Semakan Status Kelayakan STR Bujang RM600 Tahun 2025”

  1. Para maximizar los beneficios en las apuestas, recomiendo aprovechar el ir al sitio y utilizar los códigos promocionales de Melbet disponibles para jugadores en Chile. Estos códigos brindan bonos adicionales, lo que hace que cada apuesta tenga más valor. Desde que los uso, mis ganancias han aumentado, y considero que es una excelente ventaja para quienes están en Chile y desean apostar.

    Reply

Leave a Comment

×