Penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak boleh membuat semakan status bantuan tambahan STR tahun 2024 dengan kadar bayaran sehingga RM1,200.
Melalui inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan kerajaan, bayaran tambahan STR ini bertujuan untuk meringankan beban golongan B40 / M40 / miskin tegar di Malaysia.
Berikut dikongsikan maklumat penuh bantuan tambahan STR.
Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200
Bayaran bantuan tambahan STR kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan selama tempoh 12 bulan.
Bayaran bagi fasa ketiga (3) adalah pada tarikh 1 Ogos 2024 dan 1 September 2024 bagi penerima di Semenanjung.
Bagi penerima Sabah dan Sarawak pula, bayaran bermula pada 12 Ogos 2024.
Baca Juga : STR Bujang – Semakan Status Bantuan Tunai RM350 Tahun 2024
Jumlah Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200
Setiap penerima dari negeri Semenanjung akan menerima bayaran bantuan tambahan RM100 setiap bulan dan menjadikan keseluruhan bayaran bagi fasa ketiga adalah sebanyak RM800.
Manakala penerima di Sabah dan Sarawak pula menerima bayaran secara ansur dua (2) kali sebanyak RM600.
Cara Bayaran Bantuan Tambahan STR RM1200
Pembayaran bantuan tambahan STR bagi fasa ketiga (3) adalah berlainan untuk setiap negeri seperti berikut:
Penerima di Negeri Semenanjung Malaysia
Akan dibayar secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam akaun kad pengenalan setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan bersamaan RM1,200.
Penerima di Negeri Sabah & Sarawak
Akan dibayar secara tunai melalui pengkreditan ke dalam akaun bank penerima sebanyak RM600 untuk dua (2) kali bayaran bersamaan RM1,200.
Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan STR RM1200
Hanya penerima yang berkelayakan berikut akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1,200:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah dan warga emas;
- Pendapatan di bawah garis kemiskinan;
- Berdaftar dan tersenarai di bawah data e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar.
Semakan Nama Penerima Bantuan Tambahan STR RM1200 Fasa 3 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tambahan STR RM1,200 Fasa Ketiga (3) seperti berikut:
- Sila layari laman rasmi MySTR LHDNM di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan [No MyKad].
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran tambahan Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah:
Hotline STR HASIL: 1-800-88-2747
Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my
Permohonan bantuan tambahan
adakah perlu datang ke bank utk mendapat tahu
Kalau 12 ogos kn dh limpas, agak2 la nak scam tu
Mana mykasih Sara
Setahun rm1200
Fasa pertama bulan Feb
Rm 600
Fasa kedua rm 600 pada 12/08/2024
Tapi sampai sekarang belum masuk lagi..kalau kerajaan takde duit..jgn buat janji kosong
Macam str..janji awal bulan ogos..tpi hujung bulan ogos baru keluar
Janji kosong kerajaan
pemohonan tidak dapat d semak.adakah saya perlu membuat pemohonah rayuan
Betul ke ni?
KO