STR Bujang – Semakan Status Bantuan Tunai RM350 Tahun 2024

Golongan bujang kini boleh melakukan semakan status STR Bujang, iaitu bantuan tunai RM350 khusus bagi semua golongan bujang di Malaysia yang layak,

Adakah anda telah melakukan semakan status kelayakan bagi bantuan ini?

Sila rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang tahun 2024 dan tarikh pengkreditan ke akaun penerima.

Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2024, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR akan dinaikkan sebanyak RM2 bilion menjadi RM10 bilion berbanding hanya RM8 bilion pada tahun 2023.

Selain itu, kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerim sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024.

Jumlah ini merupakan sedikit peningkatan daripada jumlah RM3100 yang diberikan pada tahun 2023.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i) Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagi pelajar IPT Awam / Swasta, anda boleh membuat permohonan bantuan Celik Madani – Permohonan Bantuan RM50 Untuk Pelajar IPT

Jumlah Bayaran STR Bujang

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350.

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Penerima bantuan tunai Rahmah bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:

Fasa 3 (Mulai 29 Ogos 2024)
Fasa 4 (November 2024)

Semakan Status / Kelayakan

Untuk membuat semakan status dan jumlah bayaran yang akan diterima, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal STR 2024 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semakan Permohonan’
  4. Status kelulusan anda akan dipaparkan seperti dalam lampiran di bawah.

18 thoughts on “STR Bujang – Semakan Status Bantuan Tunai RM350 Tahun 2024”

  1. Assalamualaikum, Alhamdulillah besyukor saya kepada Allah, kerana menganugerakan kerajaan yg berjiwa rakyat,semoga dipermudahkan segala urusan ,Amin….

    Reply
  2. Setakat bagi rm50 utk bujang fasa 3 , kenapa la tak bagi terus rm150 …. Ni nak kena tunggu fasa 4 pula utk dapat lagi rm100 tu ? Pelik laa

    Reply
  3. Kenapa rm50 pulak ye,status bujang rm350 mana ada fasa 4 untuk status bujang,tolong jelaskan ye.

    Reply
  4. Saya sudah periksa di auto teller ( saya di Bawah bank BSN) pada pukul 7 Malam tadi, kenapa belum Terima lagi.

    Mohon penjelasan kepada pihak kementerian.

    Reply
  5. Assalamualaikum nk tanya bujang kenapa 50 bukan 150 ke tolong bagi penjelasan secepat mungkin

    Reply
  6. Bujang 3 fasa sahaja bukan 4 ye
    150 sepatutnya dpt, bukan 50
    Ini bukan zaman 90.an ini zaman harge bunuh diri tau 50 2 kali mkn nasik dh habis. Saye nk penjelasan dari perdana menteri Dato’ seri Anwar Ibrahim
    Kenapa boleh jadi bergini

    Reply
  7. Aku anak 1 kebajikan jaga! Xkan $150\▪︎je? Laki&bini keja kumpul brang lusoh”ter0k lacamni?”Wallahualam bisawab

    Reply
  8. Dato ‘ seri anwar kenapa perlu menipu rakyat ? kenapa dapat 50 je dan bukan nya 150? ingat zaman ape skrg ni? teruk betul la. ‍

    Reply

Leave a Comment

×