Semakan Status Bantuan MySara RM100 Bulan September 2024

Semakan Status Bantuan MySara RM100 Bulan September 2024

Untuk bulan September, bayaran MySara akan disalurkan sebanyak RM100 melibatkan kira kira 700 ribu penerima yang terdiri dari isi rumah dan ahli isi rumah di seluruh negara.

Proses pemberian bantuan ini sedang berlangsung sehingga kini dan berterusan sehingga penghujung bulan September.

Bagaimana cara semak status MySara RM100 bagi bulan September? Berikut dikongsikan maklumat lanjut.

PENGENALAN BANTUAN MYSARA RM100 2024

Kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan MySara sejak tahun lalu dan masih diteruskan pemberiannya sehingga kini.

Kerajaan menyalurkan bayaran MySara secara beransur setiap bulan untuk membantu meringankan perbelanjaan rakyat.

Baca Juga : Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024

Menurut jadual yang diedarkan kerajaan, Bantuan MySara akan disalurkan kepada penerima secara berperingkat pada bulan September ini mengikut tarikh rasmi berikut:

PERKARATARIKH
Penyaluran Bantuan MySara RM100Bermula 1 September 2024 (Ahad)

 

KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024

Berikut merupakan kategori penerima yang layak menerima Bantuan MySara bernilai RM100 pada bulan September:

BIL.KUMPULANKELAYAKAN
1.Miskin TegarKetua Isi Rumah & Ahli Isi Rumah
2.Miskin SerdehanaKetua Isi Rumah & Ahli Isi Rumah

 

Kategori Bantuan MySara RM100

JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024

Jumlah penerima Bantuan MySara yang terkini telahpun bertambah seperti jadual berikut:

JENIS PENERIMAJUMLAH
Penerima Sedia Ada0.2 juta
Penerima Terbaru0.5 juta
0.7 juta (keseluruhan penerima
bulan September 2024)

 

Baca Juga : Permohonan Pengeluaran KWSP Bulan September 2024

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024

Berikut dikongsikan kaedah semakan status penerima Bantuan MySara bagi bulan September:

  1. Sila layari Laman Web MyKasih.
  2. Halaman utama MySara akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [CHECK STATUS] / [SEMAK STATUS].
  4. Kemudian, papar skrin adalah pada bahagian semakan.
  5. Masukkan Nombor MyKad* mengikut format (tanpa -).
  6. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  7. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  8. Status penerima bulan September akan dipaparkan.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

5 thoughts on “Semakan Status Bantuan MySara RM100 Bulan September 2024”

  1. I am a Government Pensioner getting Rm 1986.44 per month. Which is insufficient with the present cost of living for 2 .of us without Children and getting a small amount from my bantuan(STR)2024 without children.Please consider to help further to this 2 old living alone aged 90, and my wife 78 years old. Thank you.

    Reply

Leave a Comment

×