Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka. PPRT merupakan akronim bagi Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar.
Inisiatif ini di bawah SPKR yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan luar bandar dan memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga sedia ada.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai permohonan PPRT.
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024
Kerajaan memperkenalkan program perumahan PPRT adalah usaha menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin (golongan B40).
Program tersebut diaplikasi dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk didiami sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Skop Bantuan Program Rumah PPRT Tahun 2024
Lokasi PPRT ini adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
1. Bina Baharu
Bantuan untuk pembinaan tempat tinggal yang baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau tempat tinggal yang didiami terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki
2. Baik pulih
Baik pulih melibatkan 3 perkara berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition(Permohonan)
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah.
Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Cara Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024
- Permohonan perumahan PPRT 2024 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
- Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
- Permohonan boleh dirujuk dengan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri atau LKW (KEJORA / KETENGAH / KESEDAR / KEDA / PERDA)
MOHON ONLINE PPRT – KLIK DI SINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000
Baca Juga :
saya nak rumah.saya masih menyewa
Saya Nak Rumah.. Bagi lah bantuan rumah kepada saya
Sy bujang boleh kah mohon rumah bantuan ney
As.kum terlebih dahulu Sya memohon maaf kepada pihak yang berkenaan diatas perhatian, diatas bentuan rumah PPRT yang dinyatakan telah lulus tetapi diubah pula tahun 2026 sedangkan 5thn Sampai sekarang ini Sya masih menumpang tanah adik Sya./bln takda tanah tetapi pahamlah kerja kampung je.saya berharap dapatlah menyambut hari raya Aidilfitri pertama di rumah .(Seandainya diberi umur panjang oleh Tuhan amin.
Saya memerlukan rumah yg sempurna
Saya memohon bantuan menambaik rumah saya belum lagi siap…
Sye dh memohon atas nama ank tpi sehingga skg msih blum mendapat jawapan dri pihak berkenan.
Saya dlm calon simpanan….mcm mn next nak urus,saya ibu tunggal
nak juga ada rmh sendiri demi keselesaan anak2,
Saya Nak Rumah.. Bagi lah bantuan rumah kepada saya
Sy seorang duda.dn menyewa sebuah rumah srperti pprt brsama tnggal dgn kedua ibu&bapa yy sedang uzur sakit tua..blekah sy mendpat rumah sendiri,,,
Saya teringin mahu rumah sendiri….
As.kum terlebih dahulu Sya memohon maaf kepada pihak yang berkenaan diatas perhatian, diatas bentuan rumah PPRT yang dinyatakan telah lulus tetapi diubah pula tahun 2026 sedangkan 5thn Sampai sekarang ini Sya masih menumpang tanah adik Sya./bln takda tanah tetapi pahamlah kerja kampung je.saya berharap dapatlah menyambut hari raya Aidilfitri pertama di rumah .(Seandainya diberi umur panjang oleh Tuhan amin.
saya nak semak bantuan my kasih
harap pihak YANG berwajib dapat meluluskan permohanan pprt saya.TERIMA KASIH
Salam sejahtera,salam madani,
Mitok rumoh pprt gop sebuoh,mitok ke rumah tiap2 kali tukor ngetoh di negara,dop bui2 gop,tapis molek gop nk v tu,kena per kita nie mok ayah x dop harta,klu ad tngl harta dkpe,nie xdop,tu mohon ngn kerajaan nie,jadi nk buleh ke lulus payoh,nk ad tanoh sdri la,jgn pndang ker hop ad mok ayoh,pandang gop ke ank2 yatim ke,nie dop lagi xdop org dalam payoh nk buleh pende2 pown,jadi kaji gop hop mane perlu ke dop,sekian
#keluagakuje
#merayukalinie
Status permohonan PPRT online sy ialah CALON SIMPANAN,kalau suda status macam tu apa yg perlu sy buat lagi…mohon penjelasan
SAYA MOHON DARI TAHUN 2018 TAPI MASIH TAK DAPAT.SY IBU TUNGGAL ANAK3 MASIH BERSEKOLAH DAN KEMATIAN BAPA