Semakan Status Bantuan MySara RM100 Bulan September 2024
Untuk bulan September, bayaran MySara akan disalurkan sebanyak RM100 melibatkan kira kira 700 ribu penerima yang terdiri dari isi rumah dan ahli isi rumah di seluruh negara.
Proses pemberian bantuan ini sedang berlangsung sehingga kini dan berterusan sehingga penghujung bulan September.
Bagaimana cara semak status MySara RM100 bagi bulan September? Berikut dikongsikan maklumat lanjut.
PENGENALAN BANTUAN MYSARA RM100 2024
Kerajaan Madani dibawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan MySara sejak tahun lalu dan masih diteruskan pemberiannya sehingga kini.
Kerajaan menyalurkan bayaran MySara secara beransur setiap bulan untuk membantu meringankan perbelanjaan rakyat.
Baca Juga : Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024
Menurut jadual yang diedarkan kerajaan, Bantuan MySara akan disalurkan kepada penerima secara berperingkat pada bulan September ini mengikut tarikh rasmi berikut:
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Penyaluran Bantuan MySara RM100 | Bermula 1 September 2024 (Ahad) |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024
Berikut merupakan kategori penerima yang layak menerima Bantuan MySara bernilai RM100 pada bulan September:
BIL. | KUMPULAN | KELAYAKAN |
---|---|---|
1. | Miskin Tegar | Ketua Isi Rumah & Ahli Isi Rumah |
2. | Miskin Serdehana | Ketua Isi Rumah & Ahli Isi Rumah |
JUMLAH PENERIMA BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024
Jumlah penerima Bantuan MySara yang terkini telahpun bertambah seperti jadual berikut:
JENIS PENERIMA | JUMLAH |
---|---|
Penerima Sedia Ada | 0.2 juta |
Penerima Terbaru | 0.5 juta |
0.7 juta (keseluruhan penerima bulan September 2024) |
Baca Juga : Permohonan Pengeluaran KWSP Bulan September 2024
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYSARA RM100 SEPTEMBER 2024
Berikut dikongsikan kaedah semakan status penerima Bantuan MySara bagi bulan September:
- Sila layari Laman Web MyKasih.
- Halaman utama MySara akan dipaparkan.
- Klik pada butang [CHECK STATUS] / [SEMAK STATUS].
- Kemudian, papar skrin adalah pada bahagian semakan.
- Masukkan Nombor MyKad* mengikut format (tanpa -).
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima bulan September akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
T,kasih
Terima kasih
Sy oku Umur 48 serta jaga ibu dan adik yg oku juga
I am a Government Pensioner getting Rm 1986.44 per month. Which is insufficient with the present cost of living for 2 .of us without Children and getting a small amount from my bantuan(STR)2024 without children.Please consider to help further to this 2 old living alone aged 90, and my wife 78 years old. Thank you.
Terima kasih