Semakan Bantuan RM100 MyKasih September 2024 Kini Dibuka

Check Bantuan RM100 MyKasih Sesi September 2024. Semakan status kelayakan penerima kini dibuka.

Kerajaan memperkenalkan bantuan RM1,200 untuk rakyat Malaysia yang layak melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan bernilai RM1,200 ini akan dikreditkan terus ke penerima bermula 2024.

Bagi SARA 2024, terdapat penambahan bantuan berbanding tahun ini. Untuk info lanjut sila rujuk maklumat di bawah.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa bantuan SARA akan diteruskan bagi edisi 2024. Perkara itu dinyatakan ketika pembentangan Bajet 2024 di Parlimen.

Selain itu, jumlah bantuan turut bertambah daripada RM 600 kepada RM1,200 bagi setiap penerima.

Semakan Online Bantuan RM100 MyKasih September 2024

  1. Layari portal rasmi MyKasih SARA : https://mykasih.com.my/
  2. Klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-)
  4. Masukkan kod Captcha yang tertera
  5. Klik butang Semak Status
  6. Status penerima bulan September akan dipaparkan

Baca Juga:

Bantuan RM100 MyKasih SARA

KAEDAH PENEBUSAN

Program ini menawarkan bantuan RM1,200 dan dibayar secara berperingkat iaitu RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan.

Nama dan nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Melalui MyKasih

Jumlah STR Tambahan mengikut jumlah tanggungan/anak bagi setiap isi rumah

Penerima Berpasangan : RM 100
Penerima Tunggal (Ada Anak) : RM 100
Bujang Berumur 21 hingga 59 Tahun : RM 50
Bujang Berumur 60 Tahun Ke Atas : RM 50

Bantuan Barangan Dapur SARA

SYARAT KELAYAKAN SARA 2024

Sama seperti SARA 2023, bukan semua penerima isi rumah STR 2024 layak untuk terima bantuan tambahan ini. Berikut adalah kategori yang layak terima bantuan berkenaan:

  • Kategori isi rumah miskin tegar
  • Pendapatan bulanan adalah RM 1,169 dan ke bawah sahaja
  • Penerima STR 2023
  • Tiada had umur

Sekiranya anda merupakan golongan miskin tegar dan telah membuat pendaftaran e-Kasih, anda layak untuk menerima bantuan diatas.

Tarikh Pengkreditan Bermula

Pembayaran bulanan ini hanya untuk semua penerima kecuali penerima di Sabah dan Sarawak yang akan menerima bantuan secara tunai.

Negeri selain dua di atas akan terima bayaran secara bulanan sehingga Disember ini.

Pembayaran bagi bulan September telah bermula pada 1 September 2024.

12 thoughts on “Semakan Bantuan RM100 MyKasih September 2024 Kini Dibuka”

  1. Macam mana nak daftar my kasih ni saya amat memerlukan bantuan tetapi saya tidak surat cerai kerana suami dh tinggalkan sy 5tahun tanpa beri nafkah atau apa-apa pun

    Reply
  2. Macam mana I nak daftar?disebabkan suami sudah meninggal Dunia pada 2023 October..dan 2anak I perlu ditanggungkan..haeap harap mykasih ni dapat meringankan kehidupan saya

    Reply
  3. Pengumuman ini adalah berita baik untuk rakyat Malaysia yang layak! Peningkatan bantuan kepada RM1,200 melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan membantu banyak keluarga. Dengan semakan status dalam talian untuk bantuan RM100 MyKasih, penerima kini lebih mudah untuk mengetahui jika mereka layak. Jangan lupa untuk menyemak kelayakan anda dan sentiasa peka dengan maklumat terkini!

    Reply

Leave a Comment

×