SAVE 4.0 : Bantuan Rebat RM400 untuk pembelian perkakas elektrik! – Cara mohon disini

SAVE 4.0 : Bantuan Rebat RM400 untuk pembelian perkakas elektrik! – Cara mohon disini. Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) telah memperkenalkan program yang menyediakan e-Rebat sehingga RM400. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN

PENGENALAN BANTUAN REBAT RM400 SAVE 4.0

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) telah memperkenalkan program yang menyediakan e-Rebat sehingga RM400 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga bertaraf dan berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

 

Ini bermakna jika anda membeli barangan elektrik seperti ini, anda boleh terima manfaat diskaun pembelian sehingga RM400.

 

Setiap bantuan atau inisiatif yang dilakukan, bukan saja memberi manfaat kepada pembeli, tetapi juga kepada seluruh masyarakat. Antara objektif yang ingin dicapai melalui bantuan ini adalah seperti berikut:

 

  • Meningkatkan jumlah pasaran peralatan elektrik cekap tenaga bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran;
  • Bantu menyelamatkan alam sekitar dengan pengurangan pelepasan gas rumah kaca akibat dari pengurangan penjanaan tenaga; dan
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membeli peralatan cekap tenaga yang akan mengurangkan kos penjanaan tenaga melalui penjimatan tenaga

 

KADAR BANTUAN  REBAT SAVE 4.0

 

Bantuan e-Rebat ini akan memberi setiap isi rumah yang layak e-Rebat sehingga RM 400.

 

Buat masa ini, bantuan ini dibuka untuk pembelian penghawa dingin dan juga peti sejuk yang mempunyai cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang sahaja.

 

KRITERIA KELAYAKAN REBAT RM400

 

Sudah semestinya untuk mendapatkan bantuan Rebat RM400 SAVE 4.0 ini, beberapa kriteria kelayakan telah ditetapkan, antaranya:

 

  1. a) Merupakan warganegara Malaysia;
  2. b) 1 akaun bil elektrik melayakkan anda untuk memohon hanya 1 e-Rebat bagi setiap peranti; dan
  3. c) Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) dengan syarikat utiliti seperti TNB, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Nur Power Sdn. Bhd.

 

CARA MENGGUNAKAN REBAT RM400

 

Sekiranya pemohon yang layak ingin menggunakan rebat, rebat RM200 digunakan untuk penghawa dingin dan RM200 lagi untuk peti sejuk yang mempunyai cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang. 

 

Setiap perkakas yang dibeli dengan menggunakan rebat hanya boleh digunakan maksimum RM200 diskaun. Untuk menggunakan manfaat rebat sehingga RM400, penerima haruslah membeli 2 jenis perkakas elektrik iaitu peti sejuk dan penghawa dingin seperti yang telah dinyatakan di atas.

 

SENARAI KEDAI PERALATAN ELEKTRIK BERDAFTAR DIBAWAH PROGRAM SAVE 4.0

 

Terdapat banyak kedai dan pasar raya yang berdaftar dan melayakkan anda untuk menebus RM400 ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai tersebut, anda boleh pergi ke laman web berikut: https://save.seda.gov.my/publics/retailer

 

Terdapat kedai yang ternama yang tidak asing bagi kita, sama ada fizikal atau dalam talian. Bukan sahaja luar talian, dalam talian seperti Shopee, Lazada dan lain-lain juga terlibat dalam program ini. Jadi, penerima tidak perlu risau di mana untuk menebus bantuan ini.

 

Pastikan semak dahulu dengan betul kesahihan dan juga maklumat kedai fizikal, dan juga atas talian supaya tidak tersilap ketika hendak membuat pembelian untuk mengelak penipuan dan pembaziran wang.

 

SENARAI JENAMA BARANG BERDAFTAR DIBAWAH PROGRAM SAVE 4.0

 

Untuk setiap pembelian perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penghawa dingin cekap tenaga berlabel 4 dan 5 bintang, anda layak menggunakan rebat maksimum diskaun RM200 untuk setiap peralatan.

 

Maksud label bintang ini bermaksud barangan tersebut telah diuji dan diiktiraf oleh agensi yang bertauliah dalam mengenalpasti cekap tenaga setiap peralatan yang menggunakan elektrik.

 

Boleh semak senarai jenama dan model pilihan anda beserta harga asal di laman web berikut: https://save.seda.gov.my/publics/product

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Rebat RM400 SAVE 4.0:

 

1. Pembelian dan Penebusan di Kedai atau Pasar Raya berdaftar:

 

BANTUAN

  • Setelah anda kenalpasti Kedai atau Pasar Raya berhampiran yang berdaftar di laman web SEDA, anda boleh ke kedai berikut dan membuat pembelian.
  • Pastikan anda membawa sekali MyKad dan juga bil elektrik anda.
  • Semasa membuat pembayaran, penjual akan bantu menyemak status kelayakan anda melalui bil elektrik anda dan jika layak mereka juga akan mendaftarkan anda untuk mendapatkan e-rebat.
  • Setelah mereka mendaftar, anda akan terus layak mendapatkan diskaun dari rebat tersebut.

 

2. Pembelian secara atas talian:

 

BANTUAN

 

  • Cari peralatan elektrik pilihan anda di aplikasi atau web kedai atas talian yang mempunyai tag SAVE 4.0
  • Hantar pesanan Chat kepada penjual dan mereka akan membantu anda untuk mendaftarkan baucar SAVE
  • Apabila sudah diluluskan, penjual akan kongsi kod baucar kepada anda
  • Ketika anda ingin membuat pembayaran atau ‘Check Out’ pastikan anda tekan ‘Shop Voucher’ dan masukkan kod baucar yang telah dikongsi untuk mendapatkan diskaun RM200!

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai program bantuan ini, anda boleh terus hubungi pihak SEDA di talian yang dikongsi di bawah ini:

 

Special Team for the SAVE 4.0 Program

Technical Development & Facilitation
SEDA Malaysia

03-8870 5800
savevenergy@seda.gov.my
www.saveenergy.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

4 thoughts on “SAVE 4.0 : Bantuan Rebat RM400 untuk pembelian perkakas elektrik! – Cara mohon disini”

  1. Здравствуйте! Меня зовут Шестаков Юрий Иванович, я дерматолог с многолетним опытом работы в области эстетической медицины. Сейчас я отвечу на ваши запросы и поделюсь полезной информацией о удалении папиллом с помощью лазера. Моя цель — помочь вам понять, как безопасно и эффективно избавиться от папиллом и какие преимущества имеет лазерное удаление.

    Как долго сохраняется результат после лазерного удаления папиллом?
    Результат после лазерного удаления папиллом сохраняется длительное время, однако вирус, вызывающий папилломы, может оставаться в организме. Это означает, что существует вероятность повторного появления папиллом, особенно при снижении иммунитета или других провоцирующих факторов.
    How long does the result last after laser removal of papillomas?
    The result after laser removal of papillomas lasts for a long time; however, the virus causing papillomas can remain in the body. This means that there is a possibility of papillomas reappearing, especially with a weakened immune system or other triggering factors.

    Reply

Leave a Comment

×