Bantuan Lesen B2 2024 : Semak kelayakan & Cara Mohon disini

Bantuan Lesen B2 2024 : Semak kelayakan & Cara Mohon disini. Bantuan khas Lesen B2 ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan pada tahun ini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

bantuan lesen b2

PENGENALAN BANTUAN LESEN B2 2024

 

Untuk makluman, kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk meneruskan program MyLesen B2 bagi sesi 2024.

 

Mereka yang berkelayakan boleh memohon dan menyertai program mylesen B2 untuk mendapatkan lesen memandu motosikal secara percuma. Permohonan dibuka terhad kepada 35,000 kuota penyertaan sahaja.

 

Kerajaan akan melindungi sepenuhnya mereka yang menyertai program ini dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pelaksanaan skim bantuan khas ini adalah untuk memberi kuasa kepada sekitar 35,000 peserta yang berada dalam kumpulan B40 untuk mendapatkan lesen memandu B2.

 

TARIKH TUTUP BANTUAN LESEN B2 2024

 

Penyertaan akan ditutup sepenuhnya sekiranya kuota telah dipenuhi. Tetapi, berkemungkinan kerajaan akan membuka semula untuk sesi kedua. 

 

SYARAT KELAYAKAN 

 

Antara syarat asas yang telah ditetapkan untuk mana-mana individu yang ingin memohon Bantuan MyLesen B2 bagi sesi 2024 adalah:

 

  • Haruslah berwarganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Sihat Fizikal dan Mental(seperti: Tiada masalah buta warna)
  • Dalam kalangan B40 termasuk tanggungan
  • Masih belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ, PDRM

 

KOS BAYARAN BANTUAN MYLESEN B2 2024

 

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ujian ulangan) dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

 

TEMPOH LATIHAN DAN UJIAN MEMANDU LESEN B2

 

KELAS LESEN MASA
B2
  • Kursus Teori (KPP01) 

– 6 Jam 

  • Ujian Bertulis (KPP01) 

– 1 Jam 

  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) 

– 9.5 Jam 

  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) 

– 6 Jam 

  • Pra Ujian (QTI) 

– 30 Minit 

  • Ujian JPJ 

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

 

Permohonan bantuan lesen B2 dibawah program MyLesen B2 2024 telah pun dibuka bermula awal tahun ini lagi, untuk membuat permohonan boleh scvan QR code di bawah atau terus ke pautan link berikut: MyLesen B2

 

bantuan lesen b2

MAKLUMAT LANJUT

 

Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut mengenai bantuan lesen B2 ini, boleh terus emel pihak JPJ ke alamat emel berikut:

 

Anda juga boleh menyemak laman facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk maklumat terkini.

 

Leave a Comment