Projek Rumah Makmur diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang. Ini cara untuk miliki rumah mampu milik di Pahang. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.
PENGENALAN PROJEK RUMAH MAKMUR
PR1MA Pahang merupakan rumah mampu milik yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi menyediakan akses kepada perumahan mampu milik, selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan sederhana iaitu berpendapatan RM10,000.00 ke bawah bagi setiap isi rumah.
Projek Rumah Makmur yang dijual pada harga RM80,000.00 bertujuan memberi akses kepada rumah mampu milik kepada golongan sasar iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah iaitu di bawah RM5,000.00 setiap isi rumah selaras dengan perumahan. untuk semua.
JENIS RUMAH, HARGA DAN SPESIFIKASI
Jenis 1 : Rumah Teres
Harga Jualan | RM 80,000.0 |
Spesifikasi Rumah | |
Keluasan Lot Minimum (landed) | 20′ x 65′ ( 1,300 kaki persegi ) |
Keluasan Lot Minimum (rumah bertiang) | 20′ x 55′ ( 1,100 kaki persegi ) |
Luas Binaan Minimum (tidak termasuk anjung) | 800 kaki persegi |
Bilik Tidur | 3 bilik – Keluasan minimum :- Luas bilik tidur utama adalah 10’x16’ (160 kaki persegi) Luas bilik tidur 2 dan 3 adalah 10’x12’ (120 kaki persegi) |
Bumbung | Metal deck / Jubin konkrit |
Bilik Air | 2 bilik air |
Kemasan Lantai | Ruang Tamu – Jubin Seramik Ruang Makan – Jubin Seramik Dapur – Jubin Seramik Bilik Air – Jubin Seramik Bilik Tidur – Lepaan Simen |
Kemasan Dinding | Dapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi |
KRITERIA KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Pahang;
- Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
- Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya didaftarkan atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
- Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau rumah kos sederhana rendah;
- Bukan peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula anjuran Kerajaan;
- Telah menetap dan menetap di Negeri Pahang secara berterusan tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
- Pemohon atau pasangan pemohon tidak pernah membatalkan pendaftaran permohonan mereka sebelum ini kerana didapati memberi maklumat palsu.
CARA PERMOHONAN PROJEK RUMAH MAKMUR
Jika anda berminat dan bersedia untuk memiliki rumah pertama mampu milik, sila ke laman rasmi ePerumahan Pahang dan kemukakan dokumen-dokumen berikut :
- Slip Penerimaan Pendaftaran eHousing
- Satu (1) Salinan MyKad Pemohon
- Satu (1) Salinan MyKad Suami / Isteri
- Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Nikah / Perceraian
- Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
- Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
- Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan
- Satu (1) Salinan Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
- Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai Pendapatan
- Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh bermastautin di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya Pemohon tidak lahir di Negeri Pahang)
- Surat Akuan Sumpah
Permohonan boleh dibuat secara di pautan link ini – https://eperumahan.pahang.gov.my/permohonan/main_makmur.php
MAKLUMAT LANJUT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Wisma Sri Pahang, 25503
Kuantan Pahang.
Telefon : 609-512 6600
Emel : webmast@pahang.gov.my
RUJUKAN PENTING
BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON
- Bil Air Ditanggung Setiap Bulan melalui SADE 2024 : Cara Mohon Disini
- Ini cara semak mohon rumah mampu milik – ePerumahan 2024
- Carum melalui i-Saraan untuk hari persaraan kelak : Panduan mohon disini!
Can I simply just say what a relief to find an individual who genuinely understands what they’re talking about over theinternet You certainly realize how to bring a problem tolight and make it important More and morepeople need to check this out and understand this side of your storyI was surprised you are not more popular given that you certainlyhave the gift