Mohon Bantuan Kanak Kanak RM150 Sehingga RM1000

Bantuan Kanak Kanak (BKK) telah diperkenalkan kerajaan dengan kadar bantuan minimum RM150 sehingga RM1000 sebulan.

Salah satu fungsi utamanya adalah bagi meringankan beban, memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan terbaik kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Kanak Kanak kini dibuka untuk bagi tahun 2024 di seluruh negara. Berikut dikongsikan kaedah dan cara permohonan baru.

Mohon Bantuan Kanak Kanak RM1000

Melalui Belanjawan 2024, Bantuan Kanak Kanak merupakan salah satu instrumen yang terkandung didalamya. Dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan ini ditujukan kepada keluarga atau penjaga yang menjaga anak-anak, atau bagi membantu kanak-kanak yang kehilangan penjaga.

Matlamatnya bertujuan memastikan kestabilan kehidupan kanak-kanak dalam keluarga mereka dan memastikan pertumbuhan serta perkembangan mereka tidak terjejas.

Baca Juga : Bantuan RM350 JKM : Cara Mohon Batuan Am Persekutuan JKM

Infografik Bantuan Kanak Kanak

Kadar Bayaran Bantuan Kanak Kanak

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah; ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan Bantuan Kanak Kanak :

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Baca Juga : STR Fasa 3 Mula Dibayar Ogos 2024 – Semakan Status & Tarikh Bayaran

Cara Permohonan Bantuan Kanak Kanak

Berikut adalah cara permohonan Bantuan Kanak Kanak : Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • salinan penyata gaji (jika ada)
  • dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak JKM melalui

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my Telefon : 03 – 8000 8000 Faks : 03 – 8323 2045

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Aras 6, 9-18 No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya

2 thoughts on “Mohon Bantuan Kanak Kanak RM150 Sehingga RM1000”

Leave a Comment

×