INI CARA CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 BINGKAS 2024 : JOM SEMAK DISINI

Ini cara check status penerima bantuan ewallet RM300 BINGKAS 2024. Jom semak disini. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

ewallet

PENGENALAN BANTUAN RM300 EWALLET BINGKAS 2024

 

Dalam bajet yang dibentangkan pada 26 November 2021, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor, atau singkatannya BINGKAS.

 

Menyedari keperluan untuk meningkatkan daya tahan kewangan keluarga di Selangor, terutamanya selepas penularan wabak COVID-19 yang dahsyat, BINGKAS akan memperuntukkan bantuan tunai bulanan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan untuk mengukuhkan ketahanan keluarga supaya mereka kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

 

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua isi rumah membeli keperluan asas termasuk kelengkapan pendidikan pelajar agar kualiti hidup rakyat Selangor terus meningkat.

 

KADAR PERUNTUKAN BANTUAN RM300 EWALLET BINGKAS 2024

 

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM 108 juta setiap tahun khusus untuk 30,000 penerima yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan setiap tahun. Bantuan ini akan dikreditkan ke aplikasi e-Wallet penerima dalam jumlah RM300 sebulan.

 

FAEDAH PENERIMA BANTUAN RM300 EWALLET BINGKAS 2024

Pemohon yang disahkan layak sebagai penerima, akan memperoleh faedah daripada bantuan ini seperti berikut :

  1. BINGKAS e-Wallet boleh digunakan di kedai dan pasar raya berdaftar
  2. Urus niaga pembelian tanpa tunai
  3. e-Wallet akan ditambah secara automatik setiap bulan dengan harga RM300
  4. Barang keperluan penting yang diluluskan untuk pembelian termasuk
  • Roti
  • Biskut
  • Telur
  • Nasi
  • Gula dan garam
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Daging, ayam dan ikan
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Lampin
  • Sabun, kosmetik
  • Kelengkapan sekolah

ewallet

Sumber : Portal BINGKAS

 

CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 EWALLET BINGKAS 2024

 

Sekiranya pemohon telah memohon/mendaftar untuk mendapatkan bantuan ini, pemohon boleh menyemak status seperti berikut :

 

  1. Klik pautan untuk menyemak status di sini: https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Anda akan dialihkan ke laman web BINGKAS.
  3. Kemudian, pada halaman BINGKAS, klik [Log masuk].
  4. Masukkan nombor telefon berdaftar anda dalam aplikasi SELANGKAH.
  5. Berikan kata laluan yang betul.
  6. Pergi ke bahagian semakan.
  7. Selesai.

 

RUJUKAN PENTING

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Semua maklumat di atas datang dari portal rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah mengenai bantuan di atas, sila hubungi pihak berkuasa seperti berikut:

 

  • Talian BINGKAS: 1800-22-6600
  • Alamat e-mel: info@selcare.my

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

1 thought on “INI CARA CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET RM300 BINGKAS 2024 : JOM SEMAK DISINI”

Leave a Comment

×