Celik Madani – Permohonan Bantuan RM50 Untuk Pelajar IPT

Permohonan Bantuan RM50 Program Celik Madani 2024.

Celik MADANI merupakan sebuah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Program tersebut bertujuan menyediakan nilai pelaburan permulaan percuma sebanyak RM50 dan alat kewangan asas bagi menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan generasi muda terutama pelajar IPT.

Tujuan Program Celik MADANI

Program ini bertujuan untuk mendidik serta menggalakkan anak muda melabur dengan pembiayaan daripada Kerajaan dan PNB sebanyak RM50 juta dengan sasaran pendaftaran 1 juta pelajar universiti bagi tempoh lima tahun.

Selain itu, inisiatif itu juga dibangunkan bagi memastikan golongan belia di Malaysia mula merancang kewangan pada usia muda dan secara terus membantu mengukuhkan kedudukan kewangan mereka apabila terus menyimpan dan melabur bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) walaupun selepas tamat pengajian.

PM umumkan bantuan Celik Madani

Objektif Program Celik MADANI

Matlamat program celik MADANI ini adalah untuk membangunkan tahap celik kewangan generasi masa depan Malaysia, memperkasakan mereka dengan alat kewangan asas agar dapat membuat keputusan kewangan yang termaklum pada masa hadapan.

Baca Juga : Jadual Bayaran STR Mengikut Bank Pada 29 Ogos 2024

Cara Pengkreditan Bantuan RM50 Celik Madani

50 peratus daripada jumlah sumbangan RM50 kepada setiap pelajar adalah sumbangan kerajaan Malaysia, manakala baki RM25 akan ditaja oleh PNB dan syarikat korporat lainnya.

Berdasarkan amaun tersebut, RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun ASB atau ASM pelajar IPTA, di mana nilai ini akan dikunci bagi tempoh 5 tahun.

Celik Madani 2024

Sepanjang fasa tersebut, pelajar digalakkan untuk membuat simpanan berulang yang kecil setiap bulan untuk memupuk tabiat menabung.

Berasaskan sumbangan nilai pelaburan percuma sebanyak RM50 dan diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun di mana apabila pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun sepanjang tempoh pengajian dan nilai simpanan ditambah ke RM100 sebulan ketika mula bekerja, mereka akan mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun, jika tiada pengeluaran dibuat.

Syarat Kelayakan Celik Madani

Peruntukan RM50 juta disediakan untuk sejuta pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kolej vokasional.

Maklumat Lanjut

Anda digalakkan untuk daftar masuk melalui aplikasi myASNB atau layari www.pnb.com.my/msam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

2 thoughts on “Celik Madani – Permohonan Bantuan RM50 Untuk Pelajar IPT”

Leave a Comment

×