Bantuan Komputer Riba Percuma & Baucar Buku RM500 dari Yayasan Sarawak kini boleh dimohon – Panduan lengkap disini!

Bantuan Komputer Riba Percuma & Baucar Buku RM500 dari Yayasan Sarawak kini boleh dimohon – Panduan lengkap disini! Berita baik buat pelajar asal Sarawak, anda kini boleh memohon untuk dapatkan komputer riba percuma dan baucar buku berjumlah RM500! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN

BANTUAN KOMPUTER RIBA PERCUMA & BAUCAR BUKU YAYASAN SARAWAK

 

Yayasan Sarawak dengan inisiatif kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan sekali lagi bagi tahun 2024 bantuan untuk pelajar kelahiran/pemastautin tetap Sarawak iaitu :

 

  • Bantuan Komputer Riba percuma
  • Baucar buku berjumlah RM500

 

TEMPOH TARIKH PERMOHONAN

 

Yayasan Sarawak telah menetapkan tarikh permohonan untuk komputer riba percuma dan baucar buku adalah dari 1 Julai hingga 14 Ogos 2024.

 

KRITERIA KELAYAKAN

 

Bagi mendapatkan bantuan komputer riba percuma dan juga baucar buku, pemohon haruslah menepati kriteria kelayakan seperti berikut:

 

  • KRITERIA KELAYAKAN KOMPUTER RIBA PERCUMA

 

  1. Pelajar berasal atau pemastautin tetap Sarawak.
  2. Tahun pertama Diploma & Ijazah Sarjana Muda di dalam IPTA dan IPTS di Malaysia.
  3. Pendapatan isi rumah per kapita RM1500 dan ke bawah.

 

  • KRITERIA KELAYAKAN BAUCAR BUKU

 

  1. Pelajar berasal atau pemastautin tetap Sarawak.
  2. Semua peringkat pengajian (Asasi sehingga PhD) di dalam IPTA dan IPTS di Malaysia.
  3. Pendapatan isi rumah per kapita RM1500 dan ke bawah.

 

PANDUAN PERMOHONAN

 

Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan bagi 2 bantuan:

 

  • KOMPUTER RIBA PERCUMA

 

  1. Layari portal laman sesawang My-Yayasan di pautan berikut: https://myys.yayasansarawak.org.my .
  2. Daftar Sarawak ID dan log masuk dengan Sarawak ID.
  3. Pilih untuk membuat permohonan komputer riba percuma, dan isikan butiran yang wajib diisi.
  4. Muat turun Surat Pengesahan dan dapatkan tanda tangan pihak institusi.
  5. Sesudah Surat Pengesahan ditandatangani, muat naik Surat Pengesahan anda **pengesahan bahawa anda adalah pelajar tahun pertama B40
  6. Lengkapkan permohonan dan tekan ‘Hantar’.
  7. Semak status melalui laman sesawang yang sama (ikut langkah 1). **status juga akan dimaklumkan melalui emel yang telah diisi pemohon).
  8. Jika lulus, muat turun aplikasi My-Yayasan dan kemaskini alamat penghantaran untuk penghantaran komputer riba percuma.
  9. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 8 hingga ke 10 minggu dari tarikh permohonan diluluskan.

 

BANTUAN

 

  • BAUCAR BUKU

 

  1. Layari portal laman sesawang My-Yayasan di pautan berikut: https://myys.yayasansarawak.org.my .
  2. Daftar Sarawak ID dan log masuk dengan Sarawak ID.
  3. Pilih untuk membuat permohonan baucar buku, dan isikan butiran yang wajib diisi.
  4. Muat turun Surat Pengesahan dan dapatkan tanda tangan pihak institusi.
  5. Sesudah Surat Pengesahan ditandatangani, muat naik Surat Pengesahan anda **pengesahan bahawa anda adalah pelajar tahun pertama B40
  6. Lengkapkan permohonan dan tekan ‘Hantar’.
  7. Semak status melalui laman sesawang yang sama (ikut langkah 1). **status juga akan dimaklumkan melalui emel yang telah diisi pemohon).
  8. Jika lulus, muat turun aplikasi My-Yayasan dan pemohon akan mendapat akses kredit RM500 dalam laman sesawang wonderbuuk.com.
  9. Buat pembelian buku atau e-buku menggunakan baucar buku.

 

BANTUAN

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut mengenai Bantuan dari Yayasan Sarawak, sila kunjungi portal laman rasmi Yayasan Sarawak, atau boleh hubungi di talian 082-441686 atau emel ke ys@yayasansarawak.org.my 

1 thought on “Bantuan Komputer Riba Percuma & Baucar Buku RM500 dari Yayasan Sarawak kini boleh dimohon – Panduan lengkap disini!”

  1. I have bet a plethora of losers since 1972, but I am proud to announce I had Dornoch $30 WIN & $10 SHOWMan, I thought Mindframe was going to catch Dornoch No cheering until the final 20 yards, and then I got loud even though Mrs DanM was the only person who could hear meCongratulations to anyone who made it all the way through from Race 1 (10:48 AM) to Race 14 (8:02 PM) What an endurance test !

    Reply

Leave a Comment

×