Bantuan Tunai RM150 & RM500 melalui Skim Mesra : Cara Mohon disini

Bantuan Tunai RM150 & RM500 melalui Skim Mesra : Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

Orang ramai yang memenuhi kriteria kelayakan ditetapkan kerajaan negeri boleh memohon bantuan Skim Mesra RM150 dan RM500.

 

Program bantuan kewangan khas ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diperkenalkan dan terus dilaksanakan pada tahun ini.

 

 

SKIM MESRA

PENGENALAN SKIM MESRA SMUE & SMIS

 

Untuk makluman, kerajaan negeri telah memperkenalkan program bantuan yang dinamakan Skim Mesra SMUE dan SMIS.

 

Di bawah program khas ini, dua kategori bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak iaitu bantuan baucar beli-belah dan skim khairat kematian.

 

Matlamat utama pelaksanaan program mesra ini pada tahun ini adalah untuk meringankan beban golongan yang terjejas dan memerlukan. Permohonan dibuka dan boleh dihantar secara online sementara kuota masih ada.

 

BACA JUGA : SKIM KHAIRAT KEMATIAN – BANTUAN TAMBAHAN STR 2024

 

SKIM MESRA

SKIM MESRA

FAEDAH BANTUAN SKIM MESRA

 

Ahli yang telah mendaftar di bawah SMUE dan SMIS akan mendapat manfaat daripada faedah berikut:

 

BAUCAR BELI BELAH 

 

  • Baucar RM150 diberikan setiap tahun sepanjang hayat ahli
  • Baucar boleh diambil di Pusat Khidmat DUN selepas penyerahan kad pengenalan asal ahli berdaftar untuk kenalpasti 
  • Tuntutan untuk baucar selepas kematian tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan di pasar raya yang ditetapkan
  • Baucar mesti digunakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penebusan dibuat
  • Baucar yang hilang atau tidak digunakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti

 

Nota: Ahli diminta untuk sentiasa mengemas kini maklumat nombor telefon mereka untuk mengelakkan terlepas sebarang kemas kini mengenai program ini.

 

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

 

  • Kadar bantuan ialah RM500 secara one-off
  • Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar
  • Tertakluk kepada kematian mulai 1 Januari 2021
  • Tuntutan melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar tidak akan diterima
  • Bayaran akan dibuat kepada waris yang berdaftar melalui pindahan wang terus atau pindahan wang tunai/cek melalui Pusat Khidmat DUN
  • Sekiranya si mati tidak didaftarkan di bawah skim Mesra, waris hendaklah mengemukakan permohonan dalam tempoh 6 bulan selepas kematian si mati
  • Tuntutan yang lebih dari tempoh 6 bulan dari tarikh si mati meninggal dunia bagi permohonan selepas kematian tidak akan dilayan
  • Lihat senarai dokumen yang diperlukan pada borang tuntutan khairat kematian
  • Waris yang ingin menuntut Baucar Jom Shopping selepas kematian ahli (dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian) layak menerima khairat kematian sebanyak RM350 sahaja

 

SEMAK PANDUAN CARA MOHON BANTUAN SMUE / SMIS

 

Jika anda memerlukan bantuan ini dan layak, anda boleh memohon insentif secara percuma ini. Panduan dan maklumat untuk menghantar permohonan telah disediakan. Sila layari laman bantuan rasmi Skim Mesra – https://mesra.yawas.com.my/

Segala maklumat mengenai bantuan di bawah skim mesra boleh didapati di laman web yang tertera di atas.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52,

Seksyen 7, Persiaran Kayangan,

40000 Shah Alam, Selangor. 

 

Emel : pertanyaan.yawas@gmail.com

 

Telefon : 03-5481-8800

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×