Bantuan Tambahan STR 2024 sehingga RM 1000 : Semak disini

Bantuan Tambahan STR 2024. SKK 2024 : Penerima STR boleh mendapat tambahan RM 1000 secara one-off melalui Skim Khairat Kematian.

Bantuan Tambahan STR 2024

Masih ramai individu yang tidak tahu bahawa waris pemohon/pasangan yang meninggal dunia boleh memohon bantuan di bawah Skim Khairat Kematian (SKK) bagi tahun 2024.

Skim Khairat Kematian (SKK) ialah program bantuan kewangan berasaskan tunai di bawah Sumbangan Tunai Rahmah yang disediakan oleh Lembaga Hasil Tanah Malaysia (LHDNM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Belanjawan MADANI kedua (Belanjawan 2024) bagi pemohon/pasangan. yang lulus STR tetapi meninggal dunia tahun ini.

Bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan boleh membuat tuntuan berjumlah RM 1,000 secara one-off.

KELAYAKAN SKK 2024

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Penerima yang ‘Lulus’ permohonan STR
  • Sekiranya pemohon atau pasangan yang merupakan warganegara Malaysia meninggal dunia, SKK layak dituntut oleh waris berdaftar
  • Meninggal dunia tahun 2024 (1 Januari 2024 – 31 Desember 2024)
  • Suami isteri bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak mendapat SKK
  • Waris yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja yang layak memohon

 

WARIS YANG LAYAK TUNTUT

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Anak Kandung/Anak Tiri/Anak Angkat)
  • Adik-Beradik
  • Cucu

CARA MOHON

  • Tuntutan hanya boleh dibuat selepas keputusan permohonan STR 2024 dimuktamadkan terhad pada tahun 2024 di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara
  • Boleh semak cawangan BSN yang berdekatan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan semasa membuat tuntutan adalah seperti berikut:

  1. Asal/salinan sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
  2. Asal/salinan kad pengenalan/sijil kelahiran waris
  3. Dokumen yang membuktikan hubungan antara waris dan si mati (pemohon/pasangan)

 

TARIKH TUNTUTAN

Tarikh Kematian :  01 Januari 2024 – 31 Disember 2024

Tarikh Tuntutan Mulai :  01 Februari 2024 – 31 Disember 2024

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi SKK atau Risalah STR 2024

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Khairat Kematian (SKK), sila hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

Telefon: 1-800-88-2747 atau +603-8882 4565

Emel: str@mof.gov.my

RUJUKAN PENTING

BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

Bantuan Kanak-kanak RM 1000

Senarai Penerima Bantuan MyKad

Leave a Comment