Bantuan RM 500 Anak Selangor 2024 : Semak Cara Mohon disini

Bantuan RM 500 Anak Selangor 2024 melalui Program Iltizam Anak Selangor : Semak Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

SELANGOR 2024

PENGENALAN Bantuan RM 500 Anak Selangor 2024

 

Program Iltizam Anak Selangor merupakan program di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang yang menyumbang RM500 untuk setiap bayi yang baru lahir. Ia menyasarkan untuk mencapai 30,000 kelahiran di Selangor mulai 2022.

 

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpanan SSPN Prime dan menerima wang simpanan bernilai RM100 setahun selama 5 tahun, yang akan dikreditkan ke dalam akaun bermula dari tahun kelahiran.

 

Simpanan dalam akaun Simpanan SSPN Prime yang disediakan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai umur 18 tahun ke atas.

 

SELANGOR 2024

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM 500 ILTIZAM ANAK SELANGOR

 

Terdapat beberapa kriteria/syarat yang ditetapkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) untuk anak-anak selangor, begitu juga untuk ibu bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan ini, antaranya:

ANAK

  • Anak kelahiran bermula tahun 2022
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor
  • Sedang menetap di Selangor

 

IBU BAPA / PENJAGA

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sedang menetap di Selangor
  • Pengundi berdaftar di Selangor

 

TARIKH DAN TEMPOH PERMOHONAN

 

Tempoh permohonan akan terus dibuka sehingga program mencapai kuota 30,000 pemohon yang memenuhi syarat Iltizam Anak Selangor.

 

Permohonan baharu akan ditutup sebaik sahaja jumlah permohonan tersebut telah dicapai.

 

SELANGOR 2024

CARA PERMOHONAN

 

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat permohonan Program Iltizam Selangor 2024:

 

  • Sila daftarkan diri anda dan buat permohonan secara dalam talian di https://anas.yawas.com.my/.
  • Muatnaik dokumen sokongan yang diperlukan dalam tempoh 14 hari selepas daftar.

     Dokumen Sokongan untuk membuat Permohonan:

  1. Salinan sijil kelahiran anak
  2. Salinan Mykad ibu / bapa / penjaga
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan surat perakuan anak angkat (jika berkaitan)
  5. Surat Akuan Sumpah (bagi hubungan selain ibu / bapa / angkat)
  • Tunggu sehingga proses semakan selesai, anda akan terima e-mel mengenai status permohonan anda.
  • Jika anda lulus, akaun simpan SSPN Prime akan dibukakan, dan anda akan terima RM 100 setiap tahun bagi tempoh 5 tahun

 

Selain itu juga, borang permohonan secara manual juga boleh ambil di pejabat DUN terdekat.

 

Nota Penting : Dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dimuat naik secara dalam talian ke ruang yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dalam talian.

Sekiranya pemohon gagal menghantar dokumen dalam tarikh akhir ini, permohonan akan gagal serta-merta.

SEMAKAN STATUS

Status permohonan boleh disemak melalui pautan berikut::

https://anas.yawas.my/online/permohonan.php

 

Kelulusan permohonan juga akan dimaklumkan melalui e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan kepastian atau maklumat dengan lebih jelas, boleh hubungi di info talian di bawah

 

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, 

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, 

Persiaran Kayangan, 

40000 Shah Alam, 

Selangor.

 

Telefon : +03 5481 8800

E-mel : pertanyaan.yawas@gmail.com

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×