MySalam 2024 – Bantuan Perlindungan Kesihatan untuk golongan B40 : Cara tuntut disini

MySalam 2024 adalah bantuan perlindungan kesihatan untuk golongan B40. Semak kelayakan anda dan mohon jika layak! Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

MYSALAM

 

 

Hasrat kerajaan baharu adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya daripada golongan B40. Kumpulan B40 merupakan kumpulan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia termasuk isi rumah dalam kategori miskin. Menyedari bahawa mereka semakin tertekan dengan beban kewangan dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif dan program sokongan termasuk MySalam iaitu Skim Perlindungan Kesihatan Takaful untuk golongan B40.

 

Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan telah mengumumkan bahawa skim MySalam akan diteruskan untuk dua tahun lagi. Antara faedah MySalam ialah bayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila disahkan menghidap salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan bayaran tunai RM50 sehari kemasukan ke hospital selama maksimum 14 hari.

 

Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa tuntutan untuk penerima mySalam yang didiagnosis dari 2019-2023 hanya boleh dihantar sehingga 30 Jun 2024. Selepas tarikh ini, tuntutan untuk diagnosis 2019-2023 tidak akan diterima lagi.

 

MYSALAM

PENGENALAN MYSALAM

 

MySalam ialah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Komuniti MySalam melalui Dana Amanah MySalam.

 

MATLAMAT MYSALAM

 

Kerajaan mahu menyediakan skim perlindungan kesihatan sosial bagi membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan untuk mengatasi masalah kewangan apabila menghidap penyakit kritikal.

 

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan golongan berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat penyakit.

 

KRITERIA KELAYAKAN 

 

Penerima mySalam adalah individu yang menerima bantuan khas kerajaan untuk program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

 

Penerima MySalam akan dimaklumkan tentang kelayakan mereka untuk MySalam secara berperingkat melalui SMS ke nombor telefon yang dikemas kini untuk program yang dinyatakan di atas.

 

  • Penerima bantuan sara hidup
  • Umur dari 18 hingga 65 tahun;
  • Orang bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Orang kurang upaya berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun. 

 

MANFAAT YANG DIPEROLEH 

 

Penyakit Kritikal

 

  • Bayaran tunai sebanyak RM8,000 dibayar sebagai bayaran sekali sahaja apabila didiagnosis satu daripada 45 penyakit kritikal.

 

     Dokumen WAJIB yang diperlukan : 

 

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  2. Borang Penyakit Kritikal (CI). Sila pastikan doktor anda telah memberikan maklumat berikut pada borang CI :
  • Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.
  • Butiran penyakit yang berkaitan.

 

Hospitalisasi

 

  • Pendapatan faedah serat hospital harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital kerajaan, hospital tentera atau hospital universiti. Nota: Penerima mySalam perlu bermalam di wad untuk layak menerima manfaat ini.

 

     Dokumen WAJIB yang diperlukan : 

 

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  2. Surat Discaj yang mengandungi maklumat berikut:
  • Nama Penuh Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Nombor Kad Pengenalan Pesakit / Orang yang Dilindungi.
  • Tarikh Kemasukan Wad dan Tarikh Keluar Wad.
  • Diagnosis.
  • Cop Rasmi yang lengkap dan jelas oleh doktor yang merawat beserta tandatangan.

 

Mereka yang layak untuk program mySalam akan dimaklumkan melalui SMS mulai 1 Mac 2019. Jika anda layak untuk program mySalam tetapi belum menerima SMS, anda boleh e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi di talian mySalam di 1 300 888 938 24/7 untuk bantuan lanjut.

 

NOTA: Dimaklumkan bahawa lanjutan skim mySalam kepada kumpulan M40 akan ditangguhkan buat sementara waktu.

 

PANDUAN SEMAK KELAYAKAN MYSALAM

 

Sila rujuk langkah di bawah untuk menyemak status anda :

 

 

MYSALAM

 

 

  • Jika layak, anda akan mendapat teks seperti ini di bawah ruangan iaitu ‘Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2022 & 2023. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan.’

 

MYSALAM

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut atau bantuan berkenaan mySalam, anda boleh menghubungi Perunding mySalam yang bertugas di kiosk di hospital panel.

Lihat di laman web mySalam untuk senarai hospital panel atau pautan link in untuk kenalpasti senarai hospital panel yang berdekatan yang menyediakan kemudahan kiosk serta khidmat nasihat daripada Perunding mySalam.

 

Daftar ini boleh diakses melalui pautan https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=FAQ-BM. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pusat Sokongan Pelanggan mySalam di 1-300-88-8938.

 

Pertanyaan juga boleh dihantar melalui e-mel ke info@mysalam.com.my. Adalah penting untuk diingat bahawa penyerahan dokumen melalui e-mel untuk tuntutan di mySalam tidak akan diproses atau diberi jawapan. Semua dokumen untuk tuntutan hendaklah dimuat naik melalui portal mySalam.

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

2 thoughts on “MySalam 2024 – Bantuan Perlindungan Kesihatan untuk golongan B40 : Cara tuntut disini”

  1. Thanks , I have recently been searching for information about this topic for ages and yours is the greatest I’ve discovered so far But, what about the bottom line? Are you sure about the source?

    Reply

Leave a Comment

×