ANIS 2024 : Bantuan Khas untuk OKU – Mohon segera!

ANIS 2024 : Bantuan Khas untuk OKU – Mohon segera sebelum 31 Mei 2024! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

bantuan khas

PENGENALAN BANTUAN KHAS ANIS 2024

 

Program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor atau singkatannya ANIS telah dilaksanakan mulai tahun 2019. Inisiatif khas dalam bentuk bantuan kewangan ini merupakan salah satu insentif yang kembali dilaksanakan pada Mei 2024.

 

Bantuan khas ini terbuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU bertujuan untuk mengurangkan beban perbelanjaan mengurus anak OKU.

 

Yayasan Warisan Anak Selangor(YAWAS) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan ANIS bagi mendapatkan faedah sekali sahaja dengan jumlah maksimum sehingga RM 5,000.00 setahun bagi setiap keluarga.

 

MATLAMAT UTAMA BANTUAN KHAS ANIS 2024

 

Antara matlamat utama yang inisiatif bantuan khas ini dijalankan adalah untuk : 

 

  • Membantu meringankan kos terapi, pemulihan, pendidikan dan sara hidup pada masa kecemasan (makanan tambahan/ubat) untuk kanak-kanak kurang upaya yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.

 

  • Membantu mengurangkan beban ibu bapa/penjaga kanak-kanak OKU yang ingin membeli peralatan/mesin khas untuk tujuan pemulihan kanak-kanak OKU.

 

 

bantuan khas

JENIS DAN KADAR BANTUAN

 

JENIS BANTUANKADAR BANTUAN
Pendidikan dan Pembelajaran (Pusat Terapi / Kelas Khas/ EIP)

RM 1,000.00

Ubat-ubatan*, Makanan* dan Keperluan tambahan*

Maksimum sehingga RM 1,200.00

Pembelian/Pembaikian peralatan/mesin perubatan/ pembedahan*

Maksimum sehingga RM 5,000.00 menurut dokumen sebut harga

 

* menurut peskripsi doktor sahaja

 

  • Pembayaran akan mulai dibuat bermula bulan Jun 2024.

 

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN KHAS ANIS 2024

 

Antara kriteria-kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk membuat permohonan Bantuan Khas ANIS adalah seperti berikut :

 

  1. Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) & penerima adalah Warganegara Malaysia;

 

  1. Pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga) ialah Pengundi Negeri Selangor;

 

  1. Penjaga adalah ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) & Akta Pengangkatan 1973

 

  1. Penerima mestilah berumur di bawah 18 tahun (lahir pada tahun 2006 dan ke bawah)

 

  1. Penerima mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat; ATAU Surat Pengesahan Diagnosis daripada Doktor Pakar yang didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA (Jika anda tidak mempunyai Kad OKU);

 

  1. Keutamaan permohonan adalah untuk PERMOHONAN KALI PERTAMA;

 

  1. Keutamaan untuk kelulusan permohonan adalah untuk pemohon yang berpendapatan B40 dan M40;

 

  1. Borang permohonan dan dokumen sokongan akan diproses untuk kelulusan mengikut tarikh penghantaran borang yang lengkap dan berdasarkan kuota peruntukan.

 

Nota penting : Jika terdapat maklumat palsu atau tidak lengkap, permohonan anda akan dibatalkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

 

  1. Pemohon mesti memohon secara dalam talian di laman web berikut: https://anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php

 

  1. Pemohon mengisi borang permohonan secara online dan lampirkan Dokumen Sokongan yang lengkap mengikut kategori permohonan seperti yang ditetapkan untuk tujuan semakan

 

  1. Borang permohonan yang lengkap dan dokumen sokongan hendaklah dihantar mulai 17 Mei 2024 Jumaat 8.30 pagi hingga 14 Jun 2024 Jumaat 5.00 petang.

 

  1. Menghantar dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses.

 

Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar ke alamat berikut:

 

Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS

Pintu Masuk Timur, Lot G26, Aras G,

Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,

Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Selangor

 

ATAU

 

Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat / Pejabat ADUN berdekatan

 

  1. Sebarang rayuan tidak akan dilayan sekiranya borang dihantar selepas tarikh tutup permohonan.

 

Dokumen sokongan yang dilampirkan : 

 

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon (Ibu/Bapa/Penjaga)

 

  1. Salinan Sijil Kelahiran Anak

 

  1. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat, atau Surat Pengesahan Doktor berkaitan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)

 

  1. Kategori Peralatan / Barangan / Kategori Makanan

 

Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Penerangan untuk makanan, keperluan khas, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor)

 

  1. Kategori Pendidikan Khas/ Sesi Terapi

 

Salinan surat pengesahan pusat terapi, sebut harga yuran bulanan dan penyata bank pusat terapi. Hanya Pusat Terapi (EIP) sahaja dibenarkan memohon, pemohon yang menghantar anak ke Pusat Terapi yang tidak memenuhi syarat Pusat EIP, permohonan akan ditolak.

 

    6. Salinan Semakan Daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

 

*Nota: Jika penjaga adalah ibu bapa angkat maka pengangkatan mestilah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

*Nota: Pusat Terapi ialah Pusat EIP yang mempunyai Jurupulih Pekerjaan dan; atau Jurupulih Pertuturan

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Segala pertanyaan boleh hubungi di talian nombor ini 03-55453170 / 03-55245068 atau Chat Messenger di Facebook Anak Istimewa Selangor atau email ke jabatananis@yawas.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×