BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT sehingga RM2,000 secara one off – Panduan Mohon disini!

BUDI Sabah : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT sehingga RM2,000 secara one off – Panduan Mohon disini! Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) kepada pelajar Sabah yang memenuhi syarat. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BUDI SABAH

 

BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN IPT SECARA ONE OFF (BUDI SABAH)

 

Kerajaan Negeri Sabah menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) kepada pelajar Sabah yang memenuhi syarat. Inisiatif khas ini disediakan untuk pelajar yang lahir di Sabah yang meneruskan pelajaran mereka di IPT serta pelajar sekolah yang berkelayakan. Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan pelajar Sabah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

BUDI adalah bantuan yang diberikan kepada pelajar dari golongan B40 dan M40 yang memulakan pengajian sepenuh masa pertama kali di IPT di seluruh negara yang diiktiraf Kerajaan. Untuk tahun ini, bantuan ini akan diteruskan dipertimbangkan dan diluluskan sehingga akhir tahun, dengan sasaran lebih daripada 6,000 pelajar.

 

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off dibuka kepada pemohon yang layak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini dijangka akan bermula pada penghujung tahun.

 

KADAR BANTUAN DISEDIAKAN BUDI SABAH 2024

 

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pelajar IPT yang layak adalah seperti berikut:

 

  • Diploma/Foundation(Asasi)/Matrikulasi: RM1,500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

 

SYARAT PERMOHONAN BUDI SABAH 2024

 

Pelajar yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia dari Sabah, berumur tidak lebih dari 25 tahun.
  • Ibu bapa atau penjaga pemohon adalah dari golongan B40 dan M40.
  • Melanjutkan pengajian sepenuh masa ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta pada tahun 2024 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di Malaysia atau luar negara.
  • Permohonan harus disertakan dengan salinan Surat Beranak (pemohon & ibu bapa), Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (pemohon & ibu bapa), Slip Gaji ibu bapa/Surat Pengesahan Bekerja, Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian 
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://budi.sabah.gov.my/.
  • Permohonan yang diluluskan akan menerima sumbangan sekali bayar yang akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.

 

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN BUDI SABAH

 

Untuk memudahkan anda, permohonan bantuan BUDI hanya boleh dilakukan secara atas talian. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Layari laman web BUDI di: https://budi.sabah.gov.my/
  2. Klik pada butang “Permohonan”.
  3. Klik butang “Daftar”.
  4. Isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik butang “Daftar”.
  5. Log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan (IC) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  6. Isi maklumat yang diminta.
  7. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  8. Hantar permohonan selepas semua dokumen telah dimuat naik (upload).

 

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan surat beranak (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan kad pengenalan/sijil cerai/sijil kematian (pemohon dan ibu bapa/penjaga)
  • Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah/Ketua Kampung
  • Salinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/Diploma
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkaitan

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) boleh diperoleh dengan menghubungi butiran berikut:

 

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas 

Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah 

Jalan Sulaman, Teluk Likas 

88400 Kota Kinabalu.

No. telefon: 088-369 872  

 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×