Ini senarai Bantuan Bulanan JKM yang boleh anda mohon untuk tahun 2024 – Senarai penuh disini!

Ini senarai Bantuan Bulanan JKM yang boleh anda mohon untuk tahun 2024 – Senarai penuh disini! Terdapat pelbagai program skim inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat pada tahun ini, termasuk pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah disediakan di bawah bajet Belanjawan 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

BANTUAN BULANAN JKM

 

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM 2024

 

Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan pelbagai jenis insentif dalam skim bantuan kebajikan, kebanyakan di antaranya berbentuk bantuan bulanan. Permohonan boleh diajukan sepanjang tahun ini oleh rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan. Pelaksanaan program skim bantuan kebajikan ini sepenuhnya diuruskan oleh pihak JKM.

Tujuan utama program bantuan kewangan ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan sasaran. Skim ini menyediakan bantuan sekali bayar dan bulanan.

Berikut adalah senarai bantuan bulanan dan kadar bayaran yang ditawarkan oleh JKM:

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK): Sehingga RM1,000 sebulan
  • Bantuan Am Persekutuan (BA): Sehingga RM350 sebulan
  • Elaun Pekerja OKU (EPOKU): RM450 sebulan
  • Bantuan Warga Emas (BWE): RM500 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP): RM200 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP): Sehingga RM450 sebulan

 

 

KRITERIA KELAYAKAN ASAS BANTUAN BULANAN JKM 2024

 

Setiap bantuan memiliki kriteria syarat kelayakan yang berbeza yang ditetapkan oleh JKM. Berikut adalah syarat asas kelayakan untuk permohonan bantuan kebajikan:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Mematuhi syarat tambahan yang berkaitan dengan bantuan yang dimohon.

Nota penting: Setiap permohonan bantuan di bawah skim bantuan kebajikan masyarakat akan disiasat (means-tested) untuk menilai kelayakan setiap pemohon.

 

 

CARA UNTUK MEMOHON BANTUAN JKM 2024

 

Bagi mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat, permohonan bantuan boleh diajukan sepanjang tahun ini. Panduan lengkap mengenai cara memohon dan borang permohonan telah disediakan, sila layari laman portal rasmi eBantuan JKM 2024.

Permohonan bantuan kewangan diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang dikemukakan akan disiasat secara teliti untuk menilai kelayakan (means-tested) penerimaan bantuan. Proses ini menegaskan bahawa bantuan diberikan berdasarkan prinsip kelayakan dan bukan hak.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon disarankan untuk membawa dokumen sokongan yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian. Dokumen-dokumen termasuk salinan Kad Pengenalan pemohon, suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal serumah, sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama, penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan ini, boleh hubungi JKM di talian seperti berikut:

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

 

Telefon : 03-8000 8000

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

 

Baca juga: Semak Senarai Bantuan B40 2024 yang boleh anda mohon – Semak dan Mohon jika layak!

Leave a Comment

×