Program MADANI Rakyat Zon Timur bakal diadakan 5 hingga 7 Julai 2024 ini – Ketahui lanjut aktiviti program!

Program MADANI Rakyat Zon Timur bakal diadakan 5 hingga 7 Julai 2024 ini – Ketahui lanjut aturcara program! Program ini adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lalu. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

PROGRAM MADANI RAKYAT

 

PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TIMUR

 

Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Timur termasuk Pahang, Terengganu dan Kelantan akan diadakan di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang, selama tiga hari bermula 5 Julai ini.

 

Program MADANI Rakyat anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) serta kerajaan Pahang.

 

Sekretariat Program dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan program itu adalah kesinambungan daripada Program Setahun MADANI Bersama Kerajaan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember tahun lalu.

 

“Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” menurut kenyataan itu.

 

AKTIVITI PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TIMUR

 

Sekretariat program memaklumkan Program MADANI Rakyat Zon Timur memfokuskan aktiviti berkaitan:

  • Kesejahteraan rakyat
  • Agenda perpaduan
  • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 
  • Karnival kerjaya, pelancongan
  • Pertanian dan sekuriti makanan 
  • Kesejahteraan luar bandar. serta pameran 
  • Perkhidmatan berkaitan pendidikan Sains , Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
  • Kecerdasan buatan (AI).

 

Turut diberi tumpuan ialah pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan Persekutuan dan negeri yang berkaitan.

 

Selain itu, Jualan MADANI yang menawarkan diskaun dan tawaran istimewa serta pameran aset kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.

 

Baca juga: Diskaun Saman PDRM sehingga 50 peratus di Program MADANI Rakyat Zon Timur 5-7 Julai 2024!

 

Menurut kenyataan itu, program itu turut melibatkan kerjasama strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta.

 

KESIMPULAN

 

Program MADANI Rakyat merupakan platform untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan terus daripada kementerian dan agensi di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri, serta memberi peluang kepada masyarakat umum untuk mengemukakan pandangan dan cadangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan.

 

Program seperti ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dan kerajaan, sekali gus mengeratkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

 

Majlis perasmian Program MADANI Rakyat Zon Timur akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Julai ini dengan dihadiri pemimpin tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.

 

“Orang ramai dijemput untuk bersama-sama memeriahkan Program MADANI Rakyat Zon Timur pada 5 hingga 7 Julai ini bermula 9 pagi hingga 10 malam,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber: Astro Awani

 

Baca juga: Diskaun Saman PDRM sehingga 50 peratus di Program MADANI Rakyat Zon Timur 5-7 Julai 2024!

Leave a Comment

×