iBita 2024 : Bantuan Tunai Pendidikan untuk Daftar Pelajar ke IPT– Cara Mohon disini. Permohonan dalam talian untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) Sesi 2024 akan dibuka mulai Julai 2024 untuk sesi kemasukan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.
PENGENALAN IBITA 2024
Untuk makluman rakyat negeri Pulau Pinang terutamanya, iBita merupakan program bantuan yang memudahkan pendaftaran pelajar ke IPT. Program ini disediakan oleh kerajaan Pulau Pinang kepada pelajar yang berjaya memasuki ke IPT.
Permohonan dalam talian untuk bantuan Pendaftaran Pelajar di universiti (iBITA) Sesi 2024 boleh diakses mulai 1 JULAI 2024 hingga 31 JULAI 2024 bagi pelajar yang mendaftar dalam sesi kemasukan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Bagi pelajar yang menerima surat tawaran terima masuk ke IPT dari Oktober 2023 hingga Julai 2024 boleh melengkapkan borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.
KADAR BANTUAN IBITA 2024
Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak, mengikut penempatan IPT masing-masing:
- Universiti dalam Semenanjung Malaysia: RM1,000.00
- Universiti Sabah dan Sarawak: RM1,200.00
- Politeknik Malaysia: RM300.00
SYARAT KELAYAKAN
Pasti akan ditetapkan syarat-syarat untuk memastikan bantuan diberikan pada yang benar-benar layak sahaja. Antaranya adalah:
- Pendapatan isi rumah keluarga pelajar termasuk elaun tetap tidak melebihi RM8,000.00 (gaji pokok sahaja).
- Ibu/bapa/penjaga pelajar tersebut (salah seorang daripada mereka) mestilah merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
- Permohonan hanya layak ditawarkan ke Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dalam tahun semasa sahaja.
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA:
- Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang dicetak melalui laman sesawang iBITA (http://ibita.penang.gov.my/).
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS/Politeknik.
- Salinan Resit pembayaran yuran pendaftaran.
- Salinan Kad pengenalan pelajar(pastikan yang jelas).
- Salinan Kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga(pastikan yang jelas).
- Salinan Semakan Daftar Pemilih (https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih).
- Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Pesara ibu dan bapa atau penjaga.
- Salinan Penyata Bank (pelajar).
- Penyata Pendapatan pasangan perlu disertakan bagi pemohon yang sudah berkahwin (Tidak perlu dinyatakan dalam laman web, dalaman sahaja).
- Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji/pendapatan tetap wajib mengemukakan Akuan Bersumpah dan juga Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) atau Borang Nyata Individu (Borang BE). **Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Penghulu sahaja.
- Bagi pemohon yang berstatus anak yatim atau tinggal bersama Penjaga wajib mengemukakan Akuan Bersumpah / Sijil Kematian / Sijil Cerai/ Sijil Anak Angkat. **Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) atau Penghulu sahaja.
Nota Penting : Jika pemohon gagal menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran akan ditolak.
SENARAI IPT AWAM YANG TELAH DIPERAKUI MQA
i) IPTA
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
ii) IPTS
- Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
- Universiti Terbuka Wawasan (WOU)
- Universiti AIMST (AIMST)
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KTAR)
- Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (KUKHC)
- MSU College Penang
iii) Politeknik
- Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL)
- Politeknik Metro Kuantan (PMKU)
- Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)
- Politeknik Metro Betong (PMBS)
- Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG)
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
- Politeknik Kota Bharu (PKB)
- Politeknik Tun Syed Nasir Ismail (PTSN)
- Politeknik Besut (PBT)
- Politeknik Bagan Datuk (PBD)
- Politeknik Port Dickson (PPD)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
- Politeknik Seberang Perai (PSP)
- Politeknik Melaka (PMK)
- Politeknik Kuala Terengganu (PKT)
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
- Politeknik Merlimau (PMM)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
- Politeknik Muadzam Shah (PMS)
- Politeknik Balik Pulau (PBU)
- Politeknik Jeli (PJK)
- Politeknik Nilai (PNS)
- Politeknik Banting (PBS)
- Politeknik Mersing (PMJ)
- Politeknik Hulu Terengganu (PHT)
- Politeknik Tawau (PTS)
- Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
- Politeknik Sandakan (PSS)
- Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
- Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
CARA PERMOHONAN
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:
- Layari laman web iaitu https://ibita.penang.gov.my/.
- Klik pada ‘Log Masuk/Login Pemohon.’
- Lengkapkan maklumat pada ‘Daftar Maklumat Akses Pemohon’ dan klik butang ‘Setuju & Daftar’.
- Log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan Berdaftar dan Kata Laluan.
- Lengkapkan maklumat permohonan.
- Cetak borang permohonan selepas menghantar permohonan secara dalam talian.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) beserta dokumen yang diperlukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai iBita, sila layari portal laman rasmi iBITA di https://ibita.penang.gov.my/ atau hubungi Pentadbiran di talian dibawah:
BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON
WONDERFUL Post.thanks for share..more wait .. …
Wow that was unusual. I just wrote an extremely long comment but after I clicked submit my comment didn’t appear. Grrrr… well I’m not writing all that over again. Anyways, just wanted to say wonderful blog!