Tuntut bayaran balik tunai Julai ini untuk yang belum terima Fleet Card

Tuntut bayaran balik tunai Julai ini untuk yang belum terima Fleet Card : Baca penuh disini. Permohonan subsidi diesel di bawah SKDS 2.0 telah diluluskan, tetapi masih belum menerima fleet card? Semak cara tuntut bayaran balik tunai. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

FLEET CARD

 

Program bayaran balik ini dilakukan untuk memudahkan bebanan pemilik kenderaan logistik yang masih menunggu fleet card yang diluluskan dari permohonan SKDS 2.0 untuk sampai ke tangan mereka. Dengan itu mulai 1 Julai, pemilik kenderaan logistik disarankan mendaftar di BUDI MADANI untuk tuntutan bayaran balik tunai. Jangan sia-siakan peluang ini untuk mengurangkan bebanan daripada harga diesel yang tidak bersubsidi.

 

Baca Juga : Budi Madani – Bantuan Subsidi Diesel

 

TUNTUT BAYARAN BALIK TUNAI JIKA BELUM TERIMA FLEET CARD

 

Berita baik untuk pemilik kenderaan logistik yang sedang menunggu fleet card mereka di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0. Kini, anda boleh menuntut bayaran balik tunai sementara menunggu fleet card. Mulai 1 Julai, layari portal BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my untuk menghantar permohonan anda.

 

Bagi pemilik kenderaan logistik yang menantikan kad ‘fleet’ mereka di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0, ada berita baik! Kini, anda boleh membuat tuntutan bayaran balik tunai sementara menunggu kad tersebut. 

Kepada pemohon yang masih belum terima fleet card, pastikan anda simpan segala resit pembelian diesel sebagai bukti untuk diaudit dalam tempoh dua bulan atau sehingga fleet card diterima. Sila buat tuntutan bayaran anda sebelum atau pada 30 Jun untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). 

 

Kerajaan menyarankan semua pemilik kenderaan logistik yang layak dan sudah diluluskan di bawah SKDS 2.0 untuk segera mendaftar fleet card di portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my supaya pemohon segera mendapat manfaat dari harga diesel bersubsidi tanpa perlu membuat sebarang tuntutan bayaran balik setelah memiliki fleet card.

 

Inisiatif Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 ini diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang antara harga runcit diesel baharu, yang kini RM3.35 seliter, dan harga subsidi, iaitu RM2.15 seliter. Melalui saranan tuntutan bayaran balik ini, kerajaan berharap dapat menambah baik pelaksanaan subsidi diesel dan membantu sektor logistik.

 

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaksanaan subsidi diesel berkesan bagi mengurangkan beban sektor logistik tanpa memberi kesan negatif terhadap harga pasaran yang akan membebankan rakyat.

 

Inisiatif ini juga hanya langkah sementara oleh kerajaan bagi menyokong penyedia perkhidmatan logistik di saat berubahnya harga diesel runcit. Bagi yang layak, jangan sia-siakan manfaat ini!

 

Baca juga : Pelaksanaan SKDS 2.0 Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi

4 thoughts on “Tuntut bayaran balik tunai Julai ini untuk yang belum terima Fleet Card”

  1. Hi,

    I just visited bantuankerajaan.com and wondered if you’d ever thought about having an engaging video to explain what you do?

    Our videos cost just $195 for a 30 second video ($239 for 60 seconds) and include a full script, voice-over and video.

    I can show you some previous videos we’ve done if you want me to send some over. Let me know if you’re interested in seeing samples of our previous work.

    Regards,
    Joanna

    Reply
  2. Hello bantuankerajaan.com

    We noticed your website bantuankerajaan.com doesn’t have a Mobile App for iOS and Android.

    We are building Android and iOS Apps for $99 each a combo deal of $149 for both

    You can get a free preview on PCXLeads or email us back and we will send you a mockup for your apps.

    This promo is valid till end of June 2024.

    Regards,
    PCXLeads

    Reply
  3. Hello,

    It is with sad regret that after 12 years, LeadsMax.biz is shutting down.

    We have made all our databases available on our website.

    25 Million companies
    527 Million People

    LeadsMax.biz

    Reply

Leave a Comment

×