e-KYC KWSP Bantu Mudahkan Pengeluaran Akaun Fleksibel : Ketahui lebih lanjut disini

e-KYC KWSP Bantu Mudahkan Pengeluaran Akaun Fleksibel menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun : Ketahui lebih lanjut disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

E-KYC KWSP

PENGENALAN e-KYC KWSP

 

e-KYC adalah singkatan kepada ‘electronic Know-Your-Customer’ iaitu proses pengesahan identiti elektronik melalui teknologi pengecaman muka dalam aplikasi KWSP i-Akaun. Proses ini perlu bagi memastikan kesahihan identiti pemohon ditentukan terlebih dahulu sebelum akaun KWSP ahli diaktifkan.

 

Bermula 12 Mei 2024, penstrukturan semula KWSP untuk semua pencarum terbahagi kepada 3 akaun iaitu akaun persaraan, berjalan lancar dan fleksibel. Kepada ahli yang ingin mengeluarkan wang dari akaun fleksibel dengan lebih mudah dan cuma atas talian, mereka perlu mengetahui kepentingan berkenaan e-KYC yang baru dilaksanakan.

 

FAEDAH e-KYC KWSP

 

Dengan adanya Pendaftaran Pintar atau e-KYC ini, terdapat beberapa faedah yang diperolehi terutamanya dengan adanya kemudahan pengeluaran akaun fleksibel antaranya : 

 

  1. Menjimatkan masa : Jimat masa dan tenaga kerana tidak perlu ke Pejabat KWSP untuk pendaftaran.
  2. Mudah : Tidak perlu menyerahkan borang fizikal atau dokumen sokongan.
  3. Cepat : Keputusan diperoleh secara real-time

 

KRITERIA KELAYAKAN e-KYC KWSP

 

Terdapat syarat-syarat yang ditetapkan bagi yang mahu menggunakan kemudahan ini, terutamanya : 

 

  • Belum lagi daftar sebagai ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan atau Penetap Tetap Malaysia
  • Pemegang MyKad atau MyPR
  • Telah mencapai umur 14 tahun dan belum mencapai umur 75 tahun

 

SIAPA YANG PERLU DAFTAR e-KYC KWSP?

 

Selain dari kriteria kelayakan di atas, untuk menggunakan kemudahan e-KYC KWSP, pengguna haruslah : 

 

  1. Ahli yang tidak pernah mempunyai rekod pengeluaran
  2. Ahli yang baru pertama kali memohon untuk pengeluaran
  3. Ahli yang memohon pengeluaran Akaun 3 (Fleksibel) melebihi RM 250
  4. Ahli yang menukar nombor akaun bank selain akaun bank yang ada dalam rekod data KWSP

 

Diingatkan bahawa anda diminta memuat naik gambar kad pengenalan anda dalam sistem KWSP dan sekiranya gagal, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.

 

PANDUAN PENGGUNAAN e-KYC KWSP

 

Untuk butiran lengkap dan panduan penuh tentang penggunaan kemudahan e-KYC KWSP ini, sila layari laman portal rasmi KWSP

 

Ketahui juga cara untuk daftar sebagai ahli melalui KWSP i-Akaun dan cara daftar i-Akaun setelah daftar Ahli berjaya dengan ikuti langkah digambar bawah ini.

E-KYC KWSP

E-KYC KWSP

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kemudahan e-KYC KWSP, boleh layari pautan ini https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/location dan kenalpasti pejabat KWSP berdekatan, atau pilih Hubungi Kami, sertakan maklumat pengenalan diri dan ajukan soalan. Pihak mereka akan menjawab mengikut soalan yang diberikan dengan baik dan jelas. 

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

1 thought on “e-KYC KWSP Bantu Mudahkan Pengeluaran Akaun Fleksibel : Ketahui lebih lanjut disini”

Leave a Comment

×