Projek Rumah Makmur : Ini cara untuk miliki Rumah Pertama Mampu Milik

Projek Rumah Makmur diperkenalkan sebagai penambahbaikan kepada program PR1MA Pahang. Ini cara untuk miliki rumah mampu milik di Pahang. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

PROJEK RUMAH MAKMUR

PENGENALAN PROJEK RUMAH MAKMUR 

 

PR1MA Pahang merupakan rumah mampu milik yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi menyediakan akses kepada perumahan mampu milik, selesa dan berkualiti kepada golongan berpendapatan sederhana iaitu berpendapatan RM10,000.00 ke bawah bagi setiap isi rumah.

 

Projek Rumah Makmur yang dijual pada harga RM80,000.00 bertujuan memberi akses kepada rumah mampu milik kepada golongan sasar iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah iaitu di bawah RM5,000.00 setiap isi rumah selaras dengan perumahan. untuk semua.

 

JENIS RUMAH, HARGA DAN SPESIFIKASI

 

Jenis 1 : Rumah Teres

Harga JualanRM 80,000.0
Spesifikasi Rumah
Keluasan Lot Minimum (landed)20′ x 65′ ( 1,300 kaki persegi )
Keluasan Lot Minimum (rumah bertiang)20′ x 55′ ( 1,100 kaki persegi )
Luas Binaan Minimum (tidak termasuk anjung)800 kaki persegi
Bilik Tidur3 bilik – Keluasan minimum :-

Luas bilik tidur utama adalah 10’x16’ (160 kaki persegi)

Luas bilik tidur 2 dan 3 adalah 10’x12’ (120 kaki persegi)

BumbungMetal deck / Jubin konkrit
Bilik Air2 bilik air 
Kemasan LantaiRuang Tamu – Jubin Seramik
Ruang Makan – Jubin Seramik
Dapur – Jubin Seramik
Bilik Air – Jubin Seramik
Bilik Tidur – Lepaan Simen
Kemasan DindingDapur dan Bilik Air – Jubin Seramik 5 kaki tinggi

PROJEK RUMAH MAKMUR

KRITERIA KELAYAKAN

 

  1. Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Pahang;
  2. Jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;
  3. Tidak mempunyai tanah (syarat tanah: Bangunan) atau rumah atau kedua-duanya didaftarkan atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
  4. Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau rumah kos sederhana rendah;
  5. Bukan peserta di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula anjuran Kerajaan;
  6. Telah menetap dan menetap di Negeri Pahang secara berterusan tidak kurang daripada lima (5) tahun dan;
  7. Pemohon atau pasangan pemohon tidak pernah membatalkan pendaftaran permohonan mereka sebelum ini kerana didapati memberi maklumat palsu.

 

CARA PERMOHONAN PROJEK RUMAH MAKMUR 

 

Jika anda berminat dan bersedia untuk memiliki rumah pertama mampu milik, sila ke laman rasmi ePerumahan Pahang dan kemukakan dokumen-dokumen berikut :

 

  • Slip Penerimaan Pendaftaran eHousing

 

  • Satu (1) Salinan MyKad Pemohon

 

  • Satu (1) Salinan MyKad Suami / Isteri

 

  • Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Nikah / Perceraian

 

  • Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon

 

  • Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)

 

  • Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan

 

  • Satu (1) Salinan Slip Gaji / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)

 

  • Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai Pendapatan

 

  • Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh bermastautin di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Sekiranya Pemohon tidak lahir di Negeri Pahang)

 

  • Surat Akuan Sumpah

 

Permohonan boleh dibuat secara di pautan link ini – https://eperumahan.pahang.gov.my/permohonan/main_makmur.php

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,

Wisma Sri Pahang, 25503

Kuantan Pahang.

 

Telefon : 609-512 6600

 

Emel : webmast@pahang.gov.my

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

 

 

1 thought on “Projek Rumah Makmur : Ini cara untuk miliki Rumah Pertama Mampu Milik”

  1. Can I simply just say what a relief to find an individual who genuinely understands what they’re talking about over theinternet You certainly realize how to bring a problem tolight and make it important More and morepeople need to check this out and understand this side of your storyI was surprised you are not more popular given that you certainlyhave the gift

    Reply

Leave a Comment

×