Dapatkan lesen B2 secara percuma di bawah bantuan Kerajaan : Cara Mohon disini

Dapatkan lesen B2 secara percuma di bawah bantuan Kerajaan : Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

LESEN B2

PENGENALAN MYLESEN B2 2024

Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah usaha kerajaan untuk menyokong 35,000 penerima B40 (atau tanggungan mereka) mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.

Melalui program ini, peserta berpeluang melengkapkan latihan dan ujian pada semua kos bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 bagi motosikal berkapasiti tidak melebihi 250 c.c.

 

SYARAT KELAYAKAN MYLESEN B2

 

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur 16 ke atas;
  3. Terbuka kepada pemohon kumpulan B40 dan keluarga mereka;
  4. Penerima bantuan eKasih / Zakat / Baitulmal / JKM / JAKOA / LHDN;
  5. Tanggungan penerima bantuan layak memohon; 
  6. Sihat fizikal dan mental;
  7. Tidak tertakluk kepada senarai hitam mahkamah, JPJ atau PDRM; dan
  8. Anda belum memiliki sebarang lesen memandu.

 

LESEN B2

CARA MEMOHON MYLESEN B2 DI MELAKA

 

Borang permohonan boleh didapati di Jabatan Lesen Memandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Negeri Melaka antara jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

 

KOS BAYARAN

 

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ujian ulangan) dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

 

TEMPAT LATIHAN DAN UJIAN MEMANDU MYLESEN B2 DI MELAKA

 

Peserta perlu mengikuti kursus, latihan dan ujian di Institut Memandu yang telah ditentukan secara eksklusif oleh JPJ.

Lokasi latihan dan ujian akan ditentukan berdasarkan lokasi terdekat yang dipilih oleh peserta.

 

TEMPOH LATIHAN DAN UJIAN MEMANDU MYLESEN B2

 

KELAS LESEN

MASA

B2

  • Kursus Teori (KPP01) 

– 6 Jam 

  • Ujian Bertulis (KPP01) 

– 1 Jam 

  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) 

– 9.5 Jam 

  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) 

– 6 Jam 

  • Pra Ujian (QTI) 

– 30 Minit 

  • Ujian JPJ 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

 

Tarikh tutup adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai program MyLicense B2, sila hubungi Jabatan Pelesenan Pemandu JPJ Melaka di talian 06-251 4049/4050.

 

Anda juga boleh menyemak laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka untuk maklumat terkini.

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

Leave a Comment

×