SUBSIDI TUNAI SEBANYAK RM 2400 : Cara Mohon disini

Subsidi tunai sebanyak RM 2400 buat pembeli motosikal elektrik melalui Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas)! Ketahui dengan lebih lanjut cara memohon.

 

SKIM SUBSIDI TUNAI SEBANYAK RM 2400

 

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) merupakan program rebat yang ditawarkan oleh Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024. MARiiCas adalah satu skim rebat sebanyak RM2,400 bertujuan bagi menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

TARIKH PERMOHONAN REBAT TUNAI

 

Permohonan MARiiCas boleh dibuat secara dalam talian mulai 8 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2024, atau sehingga stok motosikal elektrik habis ditebus, mana yang terlebih dahulu. Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

KADAR INSENTIF PEMBERIAN REBAT TUNAI

 

  • Sebanyak RM2,400.pemberian subsidi secara rebat tunai untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
  • Sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan pemberian subsidi secara rebat tunai untuk permohonan langganan motosikal elektrik

 

KELAYAKAN BANTUAN SUBSIDI

 

  • Pemohon mestilah berpendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kelas B, B1 atau B2).

 

CARA MEMOHON SUBSIDI TUNAI

 

Langkah-langkah untuk mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui laman web https://insentif.marii.my/user/register  adalah seperti yang berikut:

  1. Lawati portal laman sesawang https://insentif.marii.my untuk mendaftar ID Pengguna.
  2. Klik butang “Daftar” sekiranya pengguna pertama kali. Isi maklumat terkini pemohon dengan lengkap seperti nama, nombor kad pengenalan, dan maklumat diri.
  3. Setelah itu, pengguna akan menerima emel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab emel spam sekiranya emel verifikasi tidak dihantar ke tab utama emel.
  4. Log masuk semula selepas selesai pendaftaran untuk proses permohonan MARiiCas.
  5. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  6. Bayaran perkhidmatan dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan untuk setiap permohonan.** 
  7. Pengguna akan menerima emel pengesahan permohonan.
  8. Keputusan boleh disemak dengan log masuk ke pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

** NOTA: Bayaran tidak akan dikembalikan. Pastikan nama pemohon sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.

 

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

 

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Salinan dokumen pendapatan tahunan:
    1. Bagi yang bekerja: Slip gaji disahkan oleh majikan berserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    2. Bagi yang bekerja sendiri: Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    3. Pesara kerajaan: Slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 
    4. Pesara swasta: Borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    5. Bagi pelajar: Kad Pelajar; dan Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

 

  1. Lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, atau B2).

 

INFO PENTING PERMOHONAN

  • Sekiranya permohonan lulus, pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan sekaligus boleh memuat turun kod QR untuk memanfaatkan insentif yang ditawarkan dengan membeli motosikal elektrik daripada syarikat pembuatan yang disahkan.
  • Kod QR cuma sah selama 30 hari dari tarikh dikeluarkan. Selepas tamat tempoh, pemohon mesti memohon semula untuk mendapatkan kod QR yang sah.
  • Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada insentif@marii.my  

 

RUJUKAN PENTING

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH ANDA MOHON

Leave a Comment