STR Fasa 3 Mula Dibayar Ogos 2024 – Semakan Status & Tarikh Bayaran

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 akan mula dikreditkan seawal Ogos 2024.

Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan sidang media terkini untuk makluman semua penerima STR khususnya. Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dengan jumlah  bantuan sehingga RM3,100.

STR Fasa 3 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Bantuan Kerajaan - STR Fasa 3 Jadual Bayaran

Remove featured imageBaca Juga : Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa 3 adalah mulai bulan Ogos 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan).

Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 adalah :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Bantuan Kerajaan - STR Fasa 3 Jadual Bayaran 2024

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Semakan Status STR Fasa 3

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  10. Masukkan kata laluan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

1 thought on “STR Fasa 3 Mula Dibayar Ogos 2024 – Semakan Status & Tarikh Bayaran”

Leave a Comment

×