SSPA: Kalkulator Pengiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

SSPA: Kalkulator Pengiraan Kenaikan Gaji Penjawat Awam. Pengumuman rasmi mengenai kenaikan gaji 1.7 juta penjawat awam telah dibuat oleh kerajaan pada 16 Ogos 2024 bersempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pelaksanaan bagi pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu mulai 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Peratusan peningkatan pendapatan yang bakal diterima oleh penjawat awam adalah antara 16.8 peratus sehingga 42.7 peratus, mengambil kira faedah berganda.

Berikut dikongsikan maklumat terkini berkait pengumuman kenaikan gaji penjawat awam 2024.

Pengenalan Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media pada 7 Julai 2024 berkata, keputusan untuk skim gaji penjawat awam dikaji semula dilaksanakan berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang terlalu lama sejak 2013.

Anwar ketika berucap turut memberi jaminan bakal memberikan apa jua perkara yang layak, munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Berikut merupakan intipati lengkap seiring pengumuman terkini Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  • Sistem Saraan Malaysia (SSM) dijenamakan semula sebagai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Disember 2024
  • Inisiatif diberikan buat kakitangan awam yang berkhidmat dengan cekap, setia, amanah dan cemerlang
  • Perihal nilai dan integriti tidak seharusnya dipandang enteng kerana ia menjadi teras dalam sektor perkhidmatan awam
  • Kelayakan minimum bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam dipertingkat kepada peringka SPM atau setaraf
  • PM Anwar mahu suatu penerapan ikhtiar, iltizam serta pentadbiran bentuk baharu dilaksanakan tanpa tolak ansur oleh semua penjawat awam
  • Penghargaan dirakamkan kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatan cemerlang sepanjang berada di tampuk KSN
  • Pelaksanaan SSPA merupakan sebuah keputusan adil buat penjawat awam, bukan tarik minat dan sokongan politik
  • Rasionalisasi Pejabat-Pejabat Perwakilan dan Wakil Agensi Kerajaan Malaysia di Luar Negeri akan dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 Januari 2025
  • Kerajaan bakal laksanakan sistem penilaian prestasi tahunan bentuk baru bagi penjenamaan semula Laporan Nilaian Prestasi Tahunan kepada MyPERFORMANCE
  • Kegagalan Ketua Jabatan untuk melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan menerima tindakan tatatertib dan akan jejaskan peluang kenaikan pangkat
  • Pengurusan prestasi, tatakelola dan pengurusan tatatertib dipersetujui kerajaan untuk ditambah baik
  • Kenaikan pangkat, penempatan pegawai harus seiring dan berpadanan dengan kompetensi bagi setiap perjawatan (right person for the right position)

Tarikh Pelaksanaan, Fasa Peningkatan Gaji Penjawat Awam

  • Peningkatan gaji sebanyak 15 peratus bua pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • PM Anwar mengumumkan peningkatan gaji sebanyak 7 peratus untuk pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi
  • Pelaksanaan peningkatan gaji penjawat awam ini dilaksanakan secara berfasa iaitu mulai 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2
  • Peningkatan gaji bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana serta Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah 8 peratus pada Fasa 1 dan 7 peratus pada Fasa 2

Peningkatan gaji ini dilaksanakan sebanyak 2 fasa untuk mengelakkan inflasi.

Kumpulan Pelaksana dan pengurusan profesional :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 8%
Fasa 2 (1 Jan 2026) : 7%

Kumpulan Pengurusan Tertinggi :
Fasa 1 ( 1 Dis 2024) : 4 %
Fasa 2 ( 1 Jan 2026) : 3 %

Berikut infografik simulasi pendapatan bulanan penjawat awa selepas kenaikan gaji:

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)

Berikut dikongsikan cara untuk kira kenaikan gaji penjawat awam:

Untuk makluman, Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses di pautan : https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Kalkulator Gaji Penjawat Awam (SSPA)
https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

Anda boleh saksikan siaran ulangan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam 2024 (MAPPA XIX) pada pautan berikut :

FB Live Jabatan Perkhidmatan Awam
TV1 RTM https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv1

Leave a Comment

×