Semakan STR Fasa 3 : Check jumlah bayaran anda layak terima.

Semakan STR Fasa 3. Semak status anda dah check jumlah bantuan kewangan anda layak terima disini.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kerajaan berfungsi sebagai satu bentuk bantuan yang direka khusus untuk individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar memenuhi kriteria dan memerlukan sokongan dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

STR FASA 3

Dengan mengubah hala subsidi secara strategik, Kerajaan berhasrat untuk mempertingkat dan memperluaskan pemberian bantuan tunai kepada orang ramai melalui pelaksanaan STR 2024, sekali gus memastikan mereka dalam isi rumah berpendapatan rendah menerima bantuan yang sewajarnya.

CARA SEMAK STATUS STR FASA 3

  1. Silakan kunjungi portal rasmi MySTR.
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon dan klik tombol [Log Masuk].
  3. Setelah itu, klik [Semak] dan sahkan kata kunci keselamatan anda dengan klik [Ya] jika frasa keamanan pemohon yang ditampilkan benar.
  4. Masukkan kata laluan yang benar.
  5. Lalu, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  6. Status pembayaran serta jumlah telah dibayar akan dipaparkan.
  7. Selesai.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 

STR Fasa 3 dijangka akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.

JADUAL BAYARAN STR 2024

Tarikh pembayaran adalah seperti jadual yang tertera di bawah.

STR 2024 –  Fasa Tarikh Pembayaran STR 2024
Fasa 1 29 Januari 2024
Fasa 2 April 2024
Fasa 3 Ogos 2024
Fasa 4 November 2024

BAYARAN STR FASA 3 2024

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah
Isi Rumah Anak ≥ 5 Anak 3 – 4 Anak 1 – 2 Anak 0
Kadar STR 2024 RM2,500 RM2,000 RM1,500 RM1,000 

 

 

 

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Isi Rumah Anak ≥ 5 Anak 3 – 4 Anak 1 – 2 Anak 0
Kadar STR 2024 RM1,250  RM1,000 RM750 RM500 

 

 

 

  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM 600
  • Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak serta pendapatan RM2,500 ke bawah : RM350

 

Untuk makluman, kadar pembayaran tidak dipaparkan sekaligus di ruang Semak Permohonan. Kadar pembayaran kini boleh dikenalpasti melalui Risalah Bantuan STR 2024. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Risalah Bantuan STR 2024 dan kadar pembayaran yang diterima, boleh klik link di sini.

MAKLUMAT LANJUT

Semua maklumat yang diberikan di atas adalah dipetik dari Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk kepada pihak berwajib seperti berikut:

Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747

Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

E-mel: str@mof.gov.my

RUJUKAN PENTING 

BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

Bantuan Kanak-kanak RM 1000

Senarai Penerima Bantuan MyKad

1 thought on “Semakan STR Fasa 3 : Check jumlah bayaran anda layak terima.”

  1. Thank you for another informative web site. The place else could I am getting that kind of info written in such an ideal means? I’ve a project that I am simply now running on, and I’ve been at the look out for such info.

    Reply

Leave a Comment