RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA: MOHON SEKARANG

RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA: MOHON SEKARANG

Pemohon yang telah lulus dalam Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kini boleh mula membuat kemas kini maklumat asas untuk permohonan mereka. Sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pertambahan maklumat, pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat mereka secepat mungkin bagi memastikan kelancaran proses pembayaran bantuan pada fasa akan datang.

RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA

Portal STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah dibuka secara rasmi untuk proses kemaskini maklumat permohonan STR 2025. Kemaskini ini boleh dilakukan mulai 19 Oktober 2024 (Sabtu) dan akan ditutup pada 30 November 2024 (Sabtu) bagi fasa pertama STR 2025. Pemohon yang ingin memastikan permohonan mereka dikemas kini dengan betul dan tepat perlu segera membuat kemas kini sebelum tarikh tutup.


KAEDAH KEMASKINI STR 2025

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh pemohon untuk mengemaskini maklumat mereka bagi STR 2025:

  1. Kemas kini secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  2. Menghantar borang kemas kini ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Nota: Pemohon digalakkan untuk membuat kemas kini secara atas talian (online) kerana ia lebih cepat, mudah, dan selamat. Kaedah atas talian juga mengurangkan risiko kesilapan yang boleh berlaku apabila mengisi borang secara manual.

CARA RASMI KEMASKINI STR 2025 SECARA ONLINE

Untuk mengemaskini permohonan secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR LHDNM, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR LHDNM: Klik di sini.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa tanda sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk].
  4. Klik [Semak] untuk memeriksa maklumat sedia ada.
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan. Sekiranya frasa tersebut betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul dan klik butang [Log Masuk].
  7. Setelah berjaya log masuk, klik pada bahagian [Kemas Kini Permohonan].
  8. Maklumat pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan maklumat yang telah diisi sebelum ini.
  9. Kemas kini maklumat berikut jika ada perubahan atau pertambahan:
    • Nombor Telefon;
    • Pilihan Pekerjaan;
    • Pendapatan kasar bulanan isi rumah (termasuk pemohon & pasangan);
    • Pilihan status perkahwinan (Kahwin, Cerai, Kematian pasangan, Bujang);
    • Jika status perkahwinan berubah, masukkan tarikh perkahwinan, tarikh perceraian, atau tarikh kematian pasangan;
    • Alamat surat menyurat terkini;
    • Maklumat perbankan (nombor akaun bank yang masih aktif);
    • Alamat e-mel terkini.
  10. Kemas kini maklumat pasangan jika ada perubahan.
  11. Jika terdapat pertambahan bilangan anak, masukkan maklumat anak yang diperlukan.
  12. Isikan maklumat waris dan pilih hubungan dengan penama waris tersebut.
  13. Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
  14. Masukkan Kod Captcha yang terpapar dan klik butang [Sahkan Captcha].
  15. Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat.
  16. Tick [/] pada Perakuan Pemohon untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat.
  17. Klik butang [Hantar] untuk menghantar kemas kini.

Setelah langkah-langkah di atas diikuti, permohonan kemas kini STR anda akan diproses dan disahkan.

RUJUKAN

Maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi pihak berwajib di bawah:

  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel: str@mof.gov.my

PENAFIAN

Kami hanya menyediakan maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri untuk memudahkan carian pengunjung. Kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengunjung dan tidak mengenakan sebarang bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pengunjung mendapat informasi terkini mengenai bantuan yang disediakan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi STR: FAQ STR 2024.

Dengan kemas kini maklumat yang tepat, pemohon dapat memastikan kelancaran proses pembayaran bantuan STR 2025 dan memanfaatkan segala bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Pastikan anda membuat kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum 30 November 2024.

3 thoughts on “RASMI KEMASKINI STR 2025 TELAH DIBUKA: MOHON SEKARANG”

Leave a Comment

×