Proses pengkreditan bayaran STR Fasa 3 diawalkan bagi bulan Ogos 2024. Perkara tersebut disahkan melalui maklum balas emel yang diterima dari sekretariat Sumbangan Tunai Rahmah.
Yang pasti, bayaran bantuan tunai tersebut bakal dilaksanakan sebelum Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024. Kerajaan melalui laman facebook rasmi Kementerian Kewangan mengesahkan perkara tersebut.
Ini bermakna, desas desus bayaran STR dilaksanakan pada September adalah tidak benar. Sebaliknya, bayaran STR Fasa 3 diawalkan sebelum penghujung bulan Ogos 2024.
Kira kira 8 juta penerima bakal menikmati inisiatif bantuan tunai ini. Berikut dikongsikan maklumat penuh dan jadual bayaran STR Fasa 3.
Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah inisiatif bantuan tunai khusus untuk warganegara Malaysia yang berfokus kepada individu dan isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas.
Mendepani arus peredaran zaman dan kekangan ekonomi, bantuan tunai ini bakal meringankan beban kewangan serta meningkatkan kesejahteraan 8.4 juta rakyat Malaysia yang memerlukan.
Tarikh Pengkreditan Bayaran STR Fasa 3
Proses bayaran STR Fasa 3 adalah pada bulan Ogos sebelum Sambutan Hari Kebangsaan.
Jadual pengkreditan bayaran adalah seperti berikut:
- STR Fasa 1 : 29 Januari 2024
- STR Fasa 2 : 3 April 2024
- STR Fasa 3 : Ogos 2024
- STR Fasa 4 : November 2024
Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut jumlah bayaran STR.
Login MySTR & Semakan Status Kelayakan
Berikut dikongsikan enam langkah mudah login MySTR dan semakan status:
- Layari laman web MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan no KP (MyKAD) dan tekan butang ‘log masuk’
- Tekan butang ‘semak’ dan sahkan verifikasi
- Masukkan password dan tekan butang ‘log masuk’
- Pada menu utama, tekan butang ‘Semakan Permohonan’
- Status permohonan akan dipaparkan
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang) Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566 Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Syukurlah. Saya ni pengidap gloukoma dan langsung tidak mampu berkerja. Sedangkan sebelum ini kerja sendiri. Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban saya kerana berapa sangatlah bantuan dari JKM
Sumbangan ini boleh membantu keluarga ku yang kurang mampu
Kepala bapak kau,date pun tak letak lagi mahu sembang gempak
Kepala K0te bapak kau.. Nak duit kerja la barua.. Sial
kalau kerja baru dapat duit itu betul kalau tgur takde adap itu tak nice . selamat membaiki
semua orang nak kerja tapi kami di sabah peluang kerja sangat tipis..nak merantau duit pun takde..tapi saya muskil pendatang dari luar ada paspot atau tiada paspot senang je dapat kerja..kami rakyat sabah ni pulak kebuluran sebab usaha mcm mana pun susah dapat kerja..
sumbangan kedua rm300 saya di sabah tak dapat pulak..langsung tak ada info..dan bantuan rm50 29 ogos pun tak ada masuk juga..rm600 bujang miskin tegar yang kedua rm300 12 ogos kata masuk..sampai sekarangbada masuk
Assalamualaikum, tuan.saya tanyak cikit lah..apa saya tak layak dpt bantuan mykasih sara hidup atau Rm600 ringgit itu kalau STR saya dpt .saya mahu cakap saya kaya tak lah..saya duduk dgn keluarga yang hidup yang serahana sahaja