Tabika KEMAS Sesi 2025/ 2026 – Tarikh & Cara Permohonan

Permohonan bagi anak-anak memasuki TASKA atau pun TABIKA KEMAS bagi sesi Tahun 2025/ 2026 kini dibuka bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2024.

Kaedah permohonan kini dipermudahkan apabila ibu bapa dapat mendaftarkan anak-anak di KEMAS secara atas talian (online).

Berikut dikongsikan informasi lengkap dan menjawab pelbagai persoalan berkait permohonan Sesi 2025/ 2026 ini.

Pengenalan Tabika KEMAS

KEMAS adalah prasekolah awam pertama di Malaysia yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat, di bawah seliaan Kementerian Luar Bandar Malaysia (sebelum ini).

KEMAS melalui Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak mengurus dan menyelaraskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak sejajar Kurikulum Standard Pra sekolah Kebangsaan (KSPK) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan tertakluk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Program pendidikan KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

Kanak-kanak 2 – 4 Tahun: Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
Kanak-kanak 4 – 6 Tahun: Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA)

Baca Juga : Permohonan MRSM – Cara Mohon, Semakan Status Tahun 2025

Tarikh Permohonan Taska/ Tabika KEMAS

Permohonan Taska/ Tabika KEMAS kini dibuka mulai 1 Ogos 2024 sehingga 31 Oktober 2024.

Permohonan Tabika KEMAS

Cara Permohonan Taska/ Tabika KEMAS Secara Online

Berikut dikongsikan cara permohonan KEMAS secara online:

  1. Layari laman sesawang KEMAS di sini
  2. Klik ‘Awam’, kemudian klik ‘Pendidikan Awal Kanak-Kanak’
  3. Pilih samada Tabika atau Taska
  4. Muat turun borang permohonan Tabika atau Taska

Muat Turun Borang Permohonan

Berikut dikongsikan borang permohonan TABIKA KEMAS:

BORANG-PENDAFTARAN-TABIKA-KEMAS

Berikut dikongsikan borang permohonan TASKA KEMAS:

BORANG-PENDAFTARAN-TASKA-PERMATA-KEMAS

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Facebook : KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Laman web : https://www.kemas.gov.my/
Telefon : 03-8891 2682

Leave a Comment

×