Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Kini Dibuka

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka. Untuk yang berminat melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi, ikuti perkongsian ini.

Untuk makluman, Permohonan Fasa 1 untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sesi 2025/2026 dibuka bermula 1 Disember 2024.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, permohonan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 itu dibuka selama tiga bulan sehingga 28 Februari 2025.

Pelajar boleh membuat semakan permohonan secara percuma melalui pautan online.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM, kelebihannya, serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026

Permohonan Fasa 1, bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, boleh dibuat secara online mulai 1 Disember 2024 hingga 28 Februari 2025.

Permohonan Fasa 2 dan pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

Artikel Berkaitan: SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR B40 RM150 FASA 4 2024: CARA SEMAK STATUS PENERIMA

  • Tarikh permohonan Fasa 1 : 1 Disember- 28 Februari 2025
  • Tarikh permohonan Fasa 2 & kemaskini : 5 hari selepas keputusan SPM diumumkan
  • Pautan permohonan : https://matrikulasi.moe.gov.my

Untuk sebarang soalan sila layari laman sesawang di ruangan Pendidikan> Lepasan Menengah> Matrikulasi> Soalan Lazim Matrikulasi.

Ikuti media sosial Permohonan Program Matrikulasi KPM untuk hebahan dan maklumat terkini. FB/X/Youtube – Program Matrikulasi KPM, IG/TikTok – matrikulasikpm #matrikpilihanpertama #matrikulasidihatiku

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098.

Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:

semakan matrikulasi PERMOHONAN 2024

permohonan matrikulasi semakan

permohonan matrikulasi semakan

Kelebihan Program Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Permohonan Program Matrikulasi KPM adalah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Syarat Permohonan Program Matrikulasi

Syarat asas Permohonan Program Matrikulasi ialah:

i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;
ii. Warganegara Malaysia; dan
iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Permohonan Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM:

i. Jurusan Sains

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Kimia
  • C Fizik atau Biologi dan
  • Lulus Sejarah

ii. Jurusan Kejuruteraan

  • C Bahasa Melayu;
  • C Bahasa Inggeris;
  • B Matematik;
  • C Matematik Tambahan;
  • C Fizik;
  • Lulus Kimia;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
    • Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/
    • Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/
    • Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi
    • Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.

iii. Jurusan Perakaunan

  • C – Bahasa Melayu;
  • C – Bahasa Inggeris;
  • C – Matematik;
  • Lulus Sejarah dan
  • C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
    • Matematik Tambahan.

iv. Jurusan Perakaunan Profesional

  • C – Bahasa Melayu;
  • A- Bahasa Inggeris;
  • A – Matematik;
  • C – Matematik Tambahan;
  • Lulus Sejarah;
  • Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:
    • Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/
    • Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/
    • Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/
    • Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
    • Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/
    • Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/
    • Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
    • Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

Senarai Matrikulasi Di Malaysia

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia,
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614,
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan OKK Daud, Merinding,
Peti Surat 81735,
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jalan Payamas,
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
KM 5, Jalan Kukup,
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Kathong Mukim Jugra,
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Beg Berkunci No. 3,
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Lot 216, Fasa II,
Taman Perindustrian Sejingkat,
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong,
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap,
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my

Cara Permohonan Program Matrikulasi 2025/2026

Permohonan adalah PERCUMA melalui laman sesawang http://matrikulasi.moe.gov.my

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar

Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap semester.

Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.

Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan Program Matrikulasi, emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4035 atau Telegram Channel: Jom Masuk Matrikulasi KPM

Calon yang layak boleh mengisi Permohonan Program Matrikulasi di link berikut : https://matrikulasi.moe.gov.my

Info Rasmi Permohonan Program Matrikulasi KPM

Layari pautan berikut semakan Permohonan Program Matrikulasi dan maklumat lanjut:
https://www.moe.gov.my/pendidikan/lepas-menengah/matrikulasi

Pengenalan Matrikulasi
Senarai Matrikulasi
Maklumat Program dan Syarat Kemasukan
Kalendar Akademik Program Matrikulasi
Soalan Lazim Matrikulasi
Permohonan Kemasukan

1 thought on “Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Kini Dibuka”

Leave a Comment

×