Permohonan Diskaun Saman PDRM 50% Tahun 2024

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menawarkan permohonan diskaun saman PDRM 50% bersempena dengan Program Madani Rakyat 2024.

Notis rasmi pengurangan saman sebanyak 50% telah diwar-warkan bagi saman yang terpilih bagi Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan edisi kali ini.

Pada artikel kali ini kami kongsikan lebih lanjut berkenaan cara mohon pengurangan saman PDRM.

Pengenalan Diskaun Saman PDRM 50%

Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan kali ini memberikan keunikan istimewa apabila PDRM kini menawarkan pengurangan saman terpilih sehnigga 50% diskaun kadar saman.

Sudah tentu inilah masa untuk masyarakatmelunaskan tunggakan saman untuk mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat pada masa akan datang seperti urusan pembaharuan cukai jalan atau lesen.

Orang ramai boleh berkunjung ke Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan mulai 15 hingga 17 Ogos 2024 ini bertempat di Dataran UTM, Johor Bharu, Johor, bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan kongsikan maklumat berguna ini kepada keluarga, rakan dan kenalan anda.

Permohonan Diskaun Saman PDRM

Permohonan Diskaun Saman PDRM Tahun 2024

Diskaun saman trafik adalah sehingga 50% dan boleh dibayar di kaunter khas yang dibuka di tapak program.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat seiring ketetapan berikut (tertakluk kepada terma dan syarat)

  • Tempat :
    • Dataran UTM, Johor Bahru, Johor
  • Masa :
    • Jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (15-17 Ogos 2024)

Cara Semakan Saman Online

Untuk mengelakkan kesesakan, masyarakat yang ingin membuat bayaran saman disaran untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui Portal MyBayar Saman.

MyBayar Saman PDRM

Anda hendaklah mendaftar sebagai pengguna aplikasi MyBayar Saman melalui :

i) Portal MyBayar Saman PDRM- https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Baca Juga : BUDI Madani – Tarikh Bayaran Bantuan Subsidi RM200 Sebulan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun saman PDRM, kadar khas dan tempoh tawaran diskaun, sila layari https://mybayar.rmp.gov.my/en

Leave a Comment

×