Semakan Status STR 2025: Kemas Kini Bayaran Fasa 1
Pemohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh mengemas kini maklumat mereka untuk penerimaan bayaran bagi Fasa 1 pada tahun 2025.
Selain itu, rakyat yang belum memohon boleh membuat permohonan baharu bermula 19 Oktober 2024 sehingga 30 November 2024 untuk Fasa 1. Bagi yang terlepas, fasa permohonan kedua akan dibuka pada bulan berikutnya.
Apa Itu STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah inisiatif bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan, meneruskan kesinambungan daripada program bantuan tunai terdahulu seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Program bantuan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dalam mengurangkan beban kewangan mereka.
Bagi tahun 2025, peruntukan STR mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM13 bilion yang akan disalurkan kepada kira-kira 60 peratus rakyat dewasa Malaysia melalui empat fasa sepanjang tahun.
Dengan bantuan yang disalurkan secara berperingkat, STR berhasrat memenuhi keperluan kewangan isi rumah Malaysia dalam pelbagai kategori.
Syarat Kelayakan STR 2025
Untuk layak menerima bantuan STR 2025, pemohon mesti warganegara Malaysia dan memenuhi kriteria tertentu berdasarkan status keluarga dan tahap pendapatan:
- Isi Rumah: Kategori ini meliputi pasangan yang sudah berkahwin dan ibu atau bapa tunggal (termasuk balu, janda, dan duda) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat. Pendapatan isi rumah bagi kategori ini tidak boleh melebihi RM5,000 sebulan.
- Warga Emas Tiada Pasangan: Kategori ini untuk warga emas yang masih bujang atau ibu atau bapa tunggal (termasuk balu, janda, atau duda) yang berusia 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai anak. Pendapatan mereka juga harus RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang: Kategori ini merangkumi individu bujang, balu, janda, atau duda yang berumur antara 21 hingga 59 tahun dan tidak mempunyai anak. Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), umur minimum adalah 19 tahun. Selain itu, mereka tidak boleh menjadi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Pendapatan individu bujang harus RM2,500 atau kurang sebulan.
Nota: Individu bujang berumur 21 tahun ke atas atau OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa hanya boleh dimasukkan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bantuan STR 2025
Jumlah bantuan STR 2025 diberikan berdasarkan pendapatan dan komposisi keluarga pemohon seperti berikut:
- Isi Rumah dengan Pendapatan Bawah RM2,500:
- Tiada anak: RM1,000
- 1–2 anak: RM1,500
- 3–4 anak: RM2,000
- 5 anak dan ke atas: RM2,500
- Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000:
- Tiada anak: RM500
- 1–2 anak: RM750
- 3–4 anak: RM1,000
- 5 anak dan ke atas: RM1,250
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM600
- Bujang (umur 21 hingga 59 tahun): RM600
Nota: Jumlah bayaran Fasa 1 akan diumumkan atau boleh disemak melalui portal rasmi STR.
Jadual Pembayaran STR 2025
Kebiasaannya, bayaran STR diberikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Untuk tahun 2025, jadual bayaran adalah seperti berikut:
- Fasa 1: Februari 2025
- Fasa 2: April 2025
- Fasa 3: Ogos 2025
- Fasa 4: November 2025
Sila ambil maklum bahawa tarikh ini tertakluk kepada perubahan dan akan dikemaskini jika terdapat pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri pada tahun 2025.
Cara Semakan Status Bayaran STR 2025
Pemohon boleh menyemak status bayaran STR mereka melalui portal rasmi STR dengan langkah-langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Masukkan nombor kad pengenalan (IC) 12 digit tanpa tanda sengkang (-) di ruangan yang disediakan.
- Klik butang [Log Masuk].
- Di bahagian pengesahan, klik butang [Semak].
- Frasa keselamatan akan dipaparkan. Sahkan jika frasa tersebut betul dengan klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Klik butang [Log Masuk] untuk akses ke akaun utama.
- Pada halaman utama, klik pada [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, pemohon dapat melihat status terkini bayaran STR mereka.
Rujukan dan Maklumat Lanjut
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada portal rasmi STR. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mengalami masalah berkaitan STR, sila rujuk pihak berwajib berikut:
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR Kementerian Kewangan (MOF): 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel: str@mof.gov.my
Penafian
Tujuan artikel ini adalah untuk berkongsi maklumat mengenai program bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat ini bertujuan memudahkan pemohon mendapatkan maklumat tentang bantuan yang tersedia. Kandungan artikel ini dirujuk dari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Perlu diketahui bahawa kami hanya berkongsi maklumat dan tidak meminta maklumat peribadi daripada pelawat atau mengenakan sebarang bayaran. Gunakan portal rasmi untuk maklumat yang selamat dan tepat.
Super-Duper blog! I am loving it! Will come back again. I am taking your feeds also.