PAWE : Senarai Pusat Aktiviti untuk Warga Emas – Semak cara mohon disini

PAWE : Senarai Pusat Aktiviti untuk Warga Emas – Semak sini untuk tahu lebih lanjut. Inisiatif dari kerajaan di bawah usaha Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

PAWE

PENGENALAN PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

 

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) merupakan inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khusus untuk warga emas menjalankan aktiviti harian dalam masyarakat. 

 

Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan tempat warga emas menjalankan program dan aktiviti harian dalam masyarakat. lanya merupakan perkhidmatan bantuan sosial dan pembangunan warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan masyarakat setempat. 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PAWE

 

Antara objektif penubuhan PAWE adalah seperti berikut:

 

  • Memperluaskan kemudahan untuk kesejahteraan dan pembangunan warga emas
  • Ruang untuk warga tua merasa dihargai melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran mereka
  • Menggalakkan penglibatan dan kerjasama antara pihak yang berbeza
  • Memberi alternatif kepada warga emas daripada keluarga berpendapatan rendah
  • Meningkatkan kualiti hidup warga emas selaras dengan konsep warga emas yang aktif dan produktif

 

AKTIVITI/PROGRAM DI PAWE

 

Terdapat pelbagai aktiviti/program yang disediakan di Pusat Aktiviti Warga Emas, antaranya:

 

  • Program keagamaan
  • Program rekreasi
  • Program ceramah kesihatan
  • Program terapi dan pemulihan
  • Latihan atau kursus yang bersesuaian

 

SENARAI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

 

Terdapat sekitar 143 Pusat Aktiviti Warga Emas yang ada di seluruh Malaysia, untuk kenalpasti Pusat Aktiviti Warga Emas yang berhampiran, boleh terus ke pautan ini: Senarai Pusat Aktiviti Warga Emas

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Bagi yang berminat untuk sertai ahli Pusat Aktiviti Warga Emas ini haruslah menepati syarat kelayakan, syarat utamanya adalah:

 

  • Mestilah Warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas.

 

CARA PERMOHONAN

 

Warga emas yang berminat menjadi ahli PAWE perlu mengisi borang pendaftaran keahlian di Pusat Aktiviti Warga Emas berhampiran tempat tinggal mereka.

 

Nota : Tiada bayaran dikenakan kepada warga emas yang menyertai aktiviti di Pusat Aktiviti Warga Emas

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai PAWE, boleh hubungi JKM di talian seperti berikut:

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03-8000 8000

Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment