Kerajaan Umum Bayaran STR Fasa 3 Bermula 29 Ogos 2024

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengumumkan tarikh bayaran STR Fasa 3 akan mula dilaksanakan bermula 29 Ogos 2024.

8.5 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) SEHINGGA RM650 MULAI 29 OGOS 2024

Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti yang dijadualkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).

Bayaran STR Fasa 3 Sehingga RM650

Mereka akan menerima bantuan tunai sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Melalui Belanjawan 2024, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25% daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.

“Penambahan peruntukan bagi STR 2024 mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi keluarga di bawah kategori B40 dan M40 terendah,” kata beliau.

bayaran str fasa 3

STR 2024 Ditambahbaik

“Penambahbaikan STR 2024 adalah sejajar dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menumpukan sumber kewangan negara kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Insya- Allah, dengan lebih penambahbaikan kepada pengurusan kewangan dan tatakelola, Kerajaan akan mampu untuk memberi lebih bantuan pada masa kelak kepada golongan terbanyak serta rentan agar tiada rakyat yang tercicir,” tambah beliau.

Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.

 

Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Penerima sedia ada dan penerima baharu/rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat2.

Maklumat Lanjut

Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

5 thoughts on “Kerajaan Umum Bayaran STR Fasa 3 Bermula 29 Ogos 2024”

  1. Saya Mohd salleh bin basuni dapat bantuan fasah 3.no ic 70069105767 bilah hari kamis ini ke.terima kasih.

    Reply
    • tiada masuk pun bantuan kami di sabah ni..anuar ni tak seronok lah jadi menteri..dah lah info tak betul..sikit lagi..rm350 nak 4 kali nak bagi tu pun 2 3 bulan baru dapat separuh..rm50 ni tak sampai 3 hari ni belih lauk..selepas 3 hari habis dah lauk..belum belih beras lagi tu.

      Reply

Leave a Comment

×